Alam & Sains 22 Jan, 2021

Video| Insiden kedua di RPS Kemar! Gajah ceroboh kawasan sekolah! Tak sabar nak masuk kelas?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


KISAH gempar sebuah sekolah pedalaman yang jauh daripada kesibukan manusia seperti di bandar-bandar besar iaitu Kuala Lumpur; Ipoh, Perak; Georgetown, Pulau Pinang; Alor Setar, Kedah dan lain-lain.

Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, Gerik, Perak merupakan sebuah sekolah pedalaman di kampung Orang Asli yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak. Terdapat lebih kurang 58 orang guru dan staf serta 883 orang pelajar sekolah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Gerik:

https://kitareporters.com/search?search=gerik


Penduduk di Pos Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar dianggarkan lebih kurang 5,000 orang. Pengangkutan dan perhubungan utama adalah menggunakan bot dari Jeti Trojan, Empangan Temenggor selama 1 jam perjalanan atau dengan jalan darat memerlukan 3 jam menggunakan jalan balak dari Sungai Siput, Perak.

Pos RPS Kemar mempunyai kemudahan asas seperti balai polis, klinik kesihatan, surau Jumaat dan stesen solar Tenaga Nasional Berhad (TNB). 


Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, Gerik, Perak merupakan sebuah sekolah pedalaman di kampung Orang Asli yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah-sekolah lain. - Kredit foto: FB SK RPS Kemar.



Pada Selasa, 18 Januari 2021 lalu, seekor gajah betina berusia antara 30 hingga 35 tahun bertindak menceroboh ke kawasan sekolah tersebut.

Inilah kali pertama seekor gajah berjaya masuk ke dalam kawasan SK RPS Kemar walaupun dipasang pagar elektrik yang berkuasa di bawah 9.1 voltan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff mengulas satu video tular berdurasi satu minit 16 saat yang menunjukkan seekor gajah telah masuk kawasan SK RPS Kemar, Gerik.

Beliau berkata, Perhilitan Perak telah menerima aduan orang awam mengenai kehadiran gajah tersebut dan pihak kami kemudian bergegas ke tempat kejadian.


Yusoff Shariff  



"Kakitangan Perhilitan Perak sudah pun memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah itu sejak November tahun lalu (2020) bagi mengelak insiden gajah liar memasuki sekolah berkenaan.

“Namun haiwan tersebut telah menceroboh dan merosakkan pagar elektrik itu dan pihak kami terpaksa menambah arus elektrik ke tahap 9.1 voltan.

"Bukan itu sahaja tetapi kami turut menyediakan lampu biru 'High LED' untuk takutkan gajah ," katanya ketika dihubungi oleh media.


Seekor gajah memasuki kawasan sekolah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Perak pada 14 Mac 2020.


TENGOK ANAK-ANAK!! GAJAH PUN NAK GI SEKOLAH


Namun, ini bukan insiden pertama gajah 'masuk' sekolah!!

Pada 14 Mac 2020 lalu, sekolah dan Kuarters Perumahan Guru di RPS Kemar itu telah dikunjungi tetamu tidak diundang yang merupakan seekor gajah.

Kehadiran hidupan liar yang belum dikenal pasti jantinanya itu menyebabkan sebuah rumah penduduk rosak dan pagar Kuarters Perumahan Guru rosak akibat dimasuki gajah yang tersesat itu.

Kelibat haiwan itu berjaya dirakam oleh penghuni kuarters berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi pada Sabtu, 14 Mac 2020 selepas haiwan berkenaan memasuki kawasan tersebut dengan merobohkan pagar. 


Pada Mac 2018, seekor gajah liar kelihatan memasuki kantin asrama Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Telupid, Sabah. - Kredit foto: Utusan Borneo.


Selain itu, kejadian seumpama pernah berlaku pada Mac 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, Sabah apabila seekor masuk ke kantin asrama sekolah tersebut.

Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 2019, dianggarkan terdapat antara 100 hingga 130 ekor gajah masih berada di hutan negeri Perak. - KitaReportes


Sumber:

https://youtu.be/ZX_utlgMjTE

https://www.msn.com/en-my/news/berita/gajah-betina-ceroboh-sekolah/ar-BB1cXWhJ?ocid=msedgdhp

https://www.utusanborneo.com.my/2018/03/03/gajah-masuk-ke-dewan-makan-asrama-smk-telupid-ceroboh-balai-polis-telupid

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-tinggal-50-harimau-belang-di-perak-223352

https://schooldirect.org/malaysia/sekolah-kebangsaan-rps-pos-kemar-gerik-perak-pendaftaran-yuran-borang-kadar-lulus-kalendar-peperiksaan/

1
2
1
0
2
You will be interested