Sejak COVID-19 menyerang dunia, ia telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa malah kes kematian terus meningkat saban hari. Di Malaysia, ketika wabak ini mengganas, ia juga memberi masalah kepada masyarakat terutama para doktor untuk mencari formula terbaik mengawal penyakit pandemik COVID-19 ini. : KitaReporters
Namun disebabkan kecekapan semua pihak, kita berjaya mengawal wabak ini dari terus menggila dan meragut lebih banyak nyawa.
Usaha kita juga telah perakui oleh orang luar negara yang kagum dengan Malaysia kerana dilihat antara negara yang berjaya ketika ini.
Tahniah dan syabas kepada barisan hadapan (frontliners) Malaysia, khususnya Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kredit video: YouTube Bang Ray
Kredit video: LimeDEE TV
Sehingga hari ini, kes kematian di Malaysia hanya mencatat 115 orang.
Tetapi tahukah anda kebanyakan daripada angka tersebut adalah mereka yang mempunyai masalah kronik seperti kencing manis, sakit jantung, dan lain-lain lagi terutama mereka yang sudah berusia.
Kredit FB Public Health Malaysia
Jika dilihat satu pertemuan terbaharu yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan New England, maka tidak hairan kenapa COVID-19 sangat bahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Kajian ini dijalankan hasil postmortum (post-mortem) pesakit COVID-19 secara kasar hingga menggunakan mikroskop elektron.
Sebab itu, kerajaan tidak membenarkan orang ramai untuk pulang ke kampung bagi sambutan hari raya kerana dikhuatiri hal ini terjadi kepada ibu, bapa dan anggota keluarga mereka yang ada penyakit berisiko tinggi.
Mencegah itu lebih baik dari merawat.
Malah dalam kajian yang dijalakan itu juga, beberapa penemuan ditemui seperti
- A) kerosakan paru-paru yang sangat teruk berbanding paru-paru normal,
- B) dinding salur darah paru-paru yang rosak
- C) pembentukan darah beku, dan
- D) pembentukan saluran darah beku akibat dari kerosakan salur darah sedia ada.
Jika lihat gambar yang disertakan, sudah cukup untuk memberi mesej kepada kita bahawa wabak ini terlalu bahaya kepada golongan orang tua.
Bagi mereka yang mempunyai jenis penyakit ini, cuba kurangkan pergerakan sehabis baik kerana golongan ini sangat mudah dijangkiti.
Kepada orang ramai pula, patuhilah arahan serta keselamatan yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita, bukan kita jaga diri kita, tak pedulikan orang lain!!
Kita kini berada di landasan terbaik untuk menang lawan COVID-19 ini dan ini juga peluang terbaik untuk negara menjadi pilihan para pelabur jika berjaya atasu COVID-19 ini.
Terpulang kepada kepada kita, sama ada kita akan bersorak kemenangan atau tangisi kembali dek kerana PKP akan kembali seperti awal-awal dahulu. - KitaReporters