HEBAT!! Menakjubkan!! Itulah yang boleh digambarkan usaha terbaru yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melancarkan misi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermula dari 18 Mac sehingga berakhir 31 Mac 2020. : KitaReporters
Foto dari sumber Astro Awani
Cadangan untuk menggunakan teknologi dron oleh ATM dan PDRM adalah bagi memantau dan mengawal pergerakan rakyat sementelah PKP berlangsung dengan meminimumkan sentuhan dan pergerakan seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penggunaan dron, yang dipraktikkan oleh Polis Kuala Lumpur semasa PKPK ini dilaksanakan pertama kalinya di kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, telah dianggap relevan serta berjaya.
Menerusi cicipan wartwan Hamdi Fahmi @hamdiNewsMPB melalui video yang dimuat naiknya, ramai netizen yang berasa kagum dengan teknologi yang diguna pakai oleh PDRM dan ATM yang disifatkan sebagai sangat bertepatan.
Posting dalam cicipan Hamdi Fahmi memberitahu: "Polis Kuala Lumpur menggunakan Dron untuk memantau di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur ketika PKP dijalankan."
Foto diambil dari cicipan Hamdi Fahmi @hamdiNewsMPB
Penggunaan pembesar suara pada badan dron juga membolehkan sebarang maklumat dan hebahan dapat disampaikan mengikut kehendak penguat kuasa tanpa sekatan.
Kaedah yang ideal dipraktikkan seumpama ini adalah penting bagi membolehkan tugas pengawasan dibuat dengan lebih luas, terbuka dan menyeluruh, di samping mengekalkan social distancing (menjarakkan diri).
Rata-rata netizen mengatakan teknologi yang digunakan mirip seperti menonton filem Hollywood, Men in Black sekali gus membuktikan PDRM dan ATM cukup 'perkakas teknologi' yang lengkap untuk berkolaborasi bersama-sama bagi membantu memantau PKP.
Antara respons lucu pada bebenang cicipan yang ditinggalkan oleh netizen:
"Should use Azwan Ali voice note, more effective.
"Adakah ianya dilengkapi dengan khidmat pesanan masyarakat Azwan Ali.
"Mereka ini keras kepala.
"Boleh digunakan untuk tangkap pendatang tanpa izin (PATI)."
Bebenang cicipan respons netizen
Terdahulu pengguna teknologi dron seperti yang digunakan di negara China ini memberikan impak yang berkesan dalam hebahan penguatkuasaannya sambil menambahkan bilangan rakyatnya yang 'mesra' arahan.
Italy juga bakal mengunakan teknologi dron seperti China dan Malaysia memandangkan negara itu sudah mencatatkan angka kes kematian yang tertinggi dan amat membimbangkan.
Perangkaan terkini menunjukkan angka kes disahkan positif COVID-10 di seluruh dunia kini mencecah 380,000, manakala jumlah kematian akan melepasi angka 16,540 orang. - KitaReporters
Sidang media Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sempena Majlis Pelancaran Perintah Kawalan Pergerakan Op Covid-19 Menggunakan Dron oleh PDRM dan ATM. - Sumber: FB https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/