Alam & Sains 20 Apr, 2025

Video| Tak mahu kalah! China bakal miliki jambatan tertinggi dunia yang baharu! Jangka siap Jun 2025!

@dsa wahab
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sepenuh masa di bahagian majalah Karangkraf, kemudian ke akhbar cabaran Sinar Harian sebelum menjadi wartawan sambilan di Utusan Malaysia. Apapun sekali saya menulis, selamanya tetap menulis...

Share this

.

Jambatan Huajiang Grand Canyon ditetapkan untuk secara rasmi menjadi jambatan tertinggi di dunia pada hari perasmiannya, 30 Jun 2025.


Wilayah pergunungan Guizhou cukup terkenal dengan rupa bumi yang kompleks, berbukit-bukau dan mencabar buat pencinta hutan terutama kaki panjat gunung. 

Malahan di pergunungan itu juga terdapat banyak jambatan luar biasa yang merentasi antara pergunungan yang ada. Lebih separuh daripada 100 jambatan tertinggi di dunia ada di pergunungan tersebut.

Terbaharu, China bakal membuka satu lagi rekod baharu dalam dunia kejuruteraan, sekali gus dapat memukau pandangan dunia dengan satu lagi keajaiban melalui teknologi infrastrukturnya yang cukup bagus apabila membina Jambatan Grand Canyon Huajiang, di barat daya China. 


Pemandangan memukau melihat Jambatan Huajiang di China. 


Jambatan tertinggi di dunia itu dalam fasa akhir pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sekitar Jun 2025. Ia bakal mencapai ketinggian sekitar 625 meter dari paras sungai, menjadikannya 288.64 meter lebih tinggi daripada pemegang rekod semasa, Jambatan Millau Viaduct di Perancis.

Tahun ini, wilayah China menuntut rekod dunia untuk kali ketiga berturut-turut! Selepas Jambatan Beipanjiang Guanxing menjadi jambatan gantung pertama di dunia yang melepasi ambang ketinggian 1,000 kaki, pada 2003.

Kali kedua adalah pada 2016, dengan Jambatan Beipanjiang Duge yang inovatif, dan tahun ini (2025), ia sekali lagi dengan jambatan di bahagian paling dalam di Lembah Sungai Beipan, tempat yang dikenali sebagai Huajiang Grand Canyon, atau 'Retak Bumi'.


Jambatan Grand Canyon Huajiang, terletak di barat daya China, bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia baharu. - Kredit foto: Agensi/ Odditycentral.Com


Menurut Ketua Jurutera Guizhou Highway Group, Zhang Shenglin, yang dipetik daripada laman sesawang Odditycentral.Com kemajuan bagi keseluruhan jambatan itu telah mencapai 95 peratus, dan ia dirancang untuk dibuka kepada lalu lintas pada pertengahan tahun 2025.

Katanya lagi, hasil daripada temu bual dengan China Daily, kini projek super yang menjangkau 'Retak Bumi' (Earth Crack) ini akan menjadi yang pertama di dunia dalam kedua-dua arah.

"Ia akan menjadi satu lagi projek mercu tanda untuk menunjukkan kekuatan infrastruktur China," katanya.


Pembinaannya sudah berada di fasa terakhir dan dijangka siap pada 30 Jun 2025.


Pembinaan Jambatan Huajiang Grand Canyon secara rasminya dimulakan pada 18 Januari 2022, dan dalam masa tiga tahun sahaja, mereka sudah hampir berjaya menyiapkannya.

Menjangkau 2,890 meter (9,482 kaki) di atas Lembah Sungai Beipan, di antara dua menara konkrit yang besar, jambatan tertinggi dunia yang tidak lama lagi siap itu tergantung lebih 2,000 kaki di atas air.

Sebelum ini, untuk menyeberangi negara China yang besar mengambil masa kira-kira satu jam pemanduan di laluan berliku tetapi apabila Jambatan Huajiang Grand Canyon dibuka banti, dianggarkan masa lintasan akan diturunkan kepada kira-kira seminit.


Pekerja bertungkus-lumus menyiapkan jambatan.


Bukan sahaja penduduk dan perniaga di Wilayah Guizhou akan menjadi orang pertama yang mendapat keuntungan daripada pembukaan jambatan tertinggi di dunia itu, tetapi pihak berkuasa tempatan juga mendapat hasil lumayan apabila bertindak menjadikannya tarikan pelancong untuk pelawat. 

Salah satu daripada menara jambatan itu akan menempatkan lif kaca yang menawarkan pemandangan kawasan sekitar yang menakjubkan, malah turut disediakan bar dan kafetaria. 

Sementara itu, lantai kaca akan dipasang di bawah dek jalan, di mana pelawat akan dapat terapung ratusan meter di atas tanah. - KitaReporters

16
19
0
13
0
You will be interested