Alam & Sains 18 Oct, 2024

Amaran banjir akibat air laut pasang tinggi! 41 kampung di persisiran pantai Terengganu berisiko!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sebanyak 41 buah kampung yang berisiko dilanda banjir akibat fenomena air laut pasang tinggi yang dijangka berlaku bermula pada malam 17 Oktober sehingga 25 Oktober 2024.


PENDUDUK yng tinggal di persisiran pantai terutama di muara sungai di Terengganu dinasihat sentiasa berwaspada dan siap siaga memandangkan kemungkinan kampung terbabit dilanda banjir akibat fenomena air laut pasang tinggi yang dijangka bermula pada malam 17 Oktober hingga 25 bOktober 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Terengganu kesemua kampung tersebut berisiko dinaiki air kerana terletak di 12 muara sungai utama di Terengganu.

Justeru itu katanya, beliau menasihatkan penduduk sekitar perlu lebih berhati-hati dan bersedia untuk berpindah sekiranya perlu.



"Berdasarkan rekod JPS Terengganu, terdapat 10 kampung berisiko banjir yang terletak di dua muara iaitu muara Sungai Terengganu dan muara Sungai Ibai.

"Kampung tersebut ialah Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Pulau Rusa, Kampung Pak Tuyu, Tanjung Gelam, Kampung Ulu Takir, Seberang Takir, Kampung Kubang Ikan, Taman Purnama dan Kampung Kuala Ibai," katanya.

Tambah Hanafiah, di daerah Marang terdapat dua muara iaitu Sungai Marang dan Sungai Merchang melibatkan lima kampung iaitu Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Merchang dan Kampung Pulau Rusa Baru.

Sementara di daerah Dungun pula, terdapat tiga muara sungai utama iaitu muara Sungai Dungun, muara Sungai Paka dan muara Sungai Sura yang melibatkan 13 buah kampung.

“Kampung yang berisiko itu ialah Kuala Paka, Tebing Tembah, Durian Mentangau, Pinang Merah, Kampung Sura, Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Che Lijah, Alor Makbah, Tanjung Jara, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang,” ujarnya.

Manakala di daerah Besut pula, beliau berkata kampung yang terletak di muara sungai dan berisiko banjir ialah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Nail, Teluk Budu dan Kampung Pantai.

"Di Setiu pula, terdapat dua muara iaitu Sungai Setiu dan Sungai Merang melibatkan enam kampung iaitu Kampung Telaga Papan, Kampung Gong Batu, Pengkalan Gelap, Kampung Fikri, Kampung Limau Lipis dan Kuala Setiu,” ujarnya.

Sementara itu bagi daerah Kemaman pula terdapat, dua muara iaitu Sungai Kemaman dan Sungai Kemasik melibatkan empat kampung iaitu Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Kampung Bakau Tinggi dan Kampung Baru Kemasik. - KitaReporters


8
13
1
14
0
You will be interested