Alam & Sains 14 Jun, 2023

Syabas UMT! Tanam 1,000 batu karang di perairan Pulau Bidong! Sempena sambutan Hari Lautan Sedunia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sukarelawan menanam batu karang di dasar laut Pulau Redang, Terengganu. - redit foto: Media Kretif UMT


USAHA  pemuliharaan ekosistem marin terumbu karang merupakan ekosistem semula jadi yang terbentuk di dasar laut dan menariknya ia dikategorikan sebagai haiwan. Hidupan unik itu berfungsi sebagai pelindung kepada pantai daripada hentaman ombak yang kuat. 

Selain itu, terumbu karang juga penting kepada anak-anak ikan kerana persekitarannya yang selamat dan juga mempunyai sumber makanan.


 Batu karang yang tedapat di perairan Pulau Redang, Terengganu


Menurut kajian yang diterbitkan oleh Proceedings of the Royal of Society Journal mendedahkan sebahagian daripada terumbu karang terbesar dunia iaitu Great Barrier Reef di Australia sudah mati sejak tahun 1995 lagi akibat daripada peningkatan suhu air laut dan perubahan iklim.

Keadaan bertambah rumit apabila perudahan besar turut berlaku akibat ekosistem itu mengalami pelunturan karang (coral bleaching) berskala besar pada tahun 2016-2017 yang meranapkan kira-kira dua pertiga daripada terumbu karang berkenaan secara keseluruhan. Malah pelunturan itu terus berlaku sehingga kini.

Peningkatan suhu laut juga memberi tekanan kepada hidupan itu menyebabkan berlaku pelunturan dan kematian batu karang.

Selain itu, keseimbangan nilai asid-alkali yang tidak seimbang turut menjadi faktor gangguan kepada ekosistem terumbu karang untuk terus kekal lestari.


 Sukarelawan wanita yang turut menyertai menanam batu karang di dasar laut Pulau Redang.


Sebagai langkah pemuliharaan ekosistem itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menggandakan usaha dengan mengadakan libat urus bersama-sama agensi korporat untuk menyebarkan kepentingan penjagaan lautan kepada masyarakat.

Bersempena dengan sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut dunia pada 8 Jun setiap tahun, UMT berkolaborasi dengan pihak Aquaria KLCC menganjurkan Ekspedisi Pemuliharaan Karang bertempat di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong, Terengganu.

Program julung kali dianjurkan itu mendapat perhatian daripada kira-kira 40 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pekerjaan.


 Dr Mazlan Abd Ghafar


Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar  berkata, program yang dianjurkan itu amat baik sebagai langkah berkesan dalam usaha pemuliharaan karang-karangan yang kini telah mengalami kemerosotan.

“Kami di UMT sememangnya menggalas tanggungjawab dalam pemuliharaan ekosistem dan alam. Kempen kesedaran penjagaan alam sekitar telah bermula sejak beberapa dekad lalu dan ia bukan sesuatu yang mudah dalam mendidik masyarakat ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata, usaha ini perlu digerakkan secara bersama dan digalas oleh semua pihak agar keberkesanannya dilihat lebih cepat supaya proses pemuliharaan ekosistem alam semula jadi ini dapat berlaku dalam tempoh lebih singkat. 

“Ekosistem alam yang lestari menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan kita bersama dan untuk generasi akan datang," katanya lagi. 

Projek ekspedisi yang dilancarkan di Aquria Kuala Lumpur itu turut menerima dana berjumlah RM200,000 bagi menggerakkan aktiviti pemuliharaan karang dan penyebaran kempen kesedaran.

Beliau berkata, menerusi program itu sebanyak 1,000 benih batu karam ditanam semula bagi memulihkan populasi batu karang di perairan negara dekat Pulau Bidong,Terengganu. - KitaReporters


Projek menanam batu karang di perairan Pulau Redang

11
12
1
10
0
You will be interested