Pelancaran perkhidmatan bas hop on hop off (HOHO) dan larian santai sempena Hari Harimau Sedunia antara program yang menceriakan sempena sambutan ulang tahun ke-64 Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) di Pavillion ZTNS. ZTNS adalah zoo tertua di negara ini memainkan peranan aktif dalam pemuliharaan, termasuk pembiakan spesies terancam. - KitaReporters

Sebahagian peserta larian santai sudah menamatkan larian sejauh 2.5 kilometer di dalam kawasan ZTNS Taiping.
Pelancaran perkhidmatan bas hop on hop off (HOHO) dan larian santai sempena Hari Harimau Sedunia sejauh 2.5 kilometer antara program yang menceriakan sempena sambutan ulang tahun ke-64 Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) di Pavillion ZTNS.
Pelancaran
perkhidmatan bas tersebut memberikan pengalaman baharu kepada pelawat untuk meneroka
tarikan utama di sekitar bandar Taiping secara lebih santai dan informatik termasuk
ZTNS sendiri sebagai salah satu destinasi ikonik.
Larian santai pula adalah simbolik kepada sokongan terhadap usaha konservasi harimau Malaya yang kini di ambang kepupusan.

Teh Kok Lim (dua dari kanan) memukul gong sebagai tanda majlis perasmian majlis sambutan Ulang Tahun ke-64 Zoo Taiping & Night di Taiping.
Sementara
itu Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh
Kok Lim berkata, kerajaan negeri menegaskan komitmen yang berterusan dalam
usaha melindungi spesies terancam khususnya harimau Malaya yang menjadi ikon khazanah
negara.
Menurut beliau, harimau Malaya merupakan simbol kebanggaan negara kita. Ia merupakan
spesies ikonik yang melambang keberanian dan kekuatan.
Namun realitinya
hari ini, harimau Malaya kini berada di ambang kepupusan dan tergolong sebagai spesies
yang amat terancam.
“Justeru, komitment terhadap usaha konservasi harus menjadi tanggungjawab bersama,” katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-64 ZTNS, di Taiping pada 3 Ogos 2025.

Menurut Teh, peranan ZTNS yang bukan hanya menjadi destinasi pelancongan unggul tetapi sebagai pusat konservasi penting dalam melindungi spesies terancam di negara ini.
“Harimau
Malaya merupakan symbol kebanggaan negara kita. Namun realitinya hari ini,
harimau Malaysia kini berada di ambang kepususan dan tergolong sebagai sepsis
yang amat terancam dan usaha terhadap konservasi harus menjadi tanggungjawab
bersama,” katanya lagi.
Teh berkata,
kerajaan negeri juga memberikan sokongan penuh dalam usaha memperkukuhkan pembangunan
ekopelancongan serta inisitif pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan
aspirasi nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan lestari
dan berdaya saing pada peringkat global.
“Saya memperuntuk sebanyak RM150,000 untuk menaik taraf ZTNS sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) pada 2026,” katanya.

Sebahagian orang ramai yang berkunjung ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) beratur untuk membeli tiket memasuki ZTNS pada waktu malam.
Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, ZTNS adalah zoo tertua di negara ini memainkan peranan aktif dalam pemuliharaan, termasuk pembiakan spesies terancam secara eks situ (di luar habitat asal) dengan kerjasama institusi penyelidikan serta penyertaan dalam program pemulihan dan pelepasan semula haiwan ke habitat asas.
Katanya, usaha pemuliharaan ini termasuk spesies harimau Malaya, gajah Asia dan tapir yang merupakan khazanah kebangsaan. - KitaReporters