Usaha konservasi berterusan ke atas haiwan-haiwan liar yang dilakukan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) nampaknya mencatat kejayaan. Ini berikutan kelahiran beberapa spesies hidupan liar baharu bagi tempoh Januari sehingga Jun 2025. - KitaReporters

Usaha konservasi berterusan ke atas haiwan-haiwan liar yang dilakukan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) nampaknya mencatat kejayaan.
Ini berikutan
kelahiran beberapa spesies hidupan liar baharu bagi tempoh Januari sehingga Jun
2025.
Antara kelahiran yang direkodkan dalam tempoh tersebut ialah:
- seekor cimpanzi (Pan troglodytes),
- seekor ungka tangan putih (Hylobates lar),
- tiga ekor rusa Bawean (Axis kuhlii),
- dua ekor burung botak upih (Mycteria cinerea),
- seekor nyala (Tragelaphus angasii),
- seekor rusa Axis (Axis axis),
- dua ekor rusa ubi (Cervus unicolor),
- 14 ekor corn snake atau ular jagung (Pantherophis guttatus) dan
- seekor skunk belang (Mephitis mephitis).


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, kejayaan konservasi ini mencerminkan komitmen berterusan ZTNS dalam pemeliharaan biodiversiti serta pengurusan habitat yang lestari.
“Kelahiran ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan program pembiakan dalam kurungan malah menzahirkan peranan penting ZTNS dalam menyumbang kepada usaha global pemuliharaan spesies terancam,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 Ogos 2025.
Zoo Taiping & Night Safari atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Ia merupakan zoo tertua di negara ini yang telah dirasmikan pada 7 Mac 1924.
ZTNS mempunyai keluaran 14 hektar (34 ekar) mempunyai kira-kira 1, 300 ekor haiwan.

Rusa Bawean

Sementara itu, Khairul Amir berkata, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kita memainkan peranan yang signifikan dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan pada peringkat akar umbi.
Beliau
berkata, ia melalui pengisian pelbagai program berorientasikan kenegaraan,
pemasangan dan mengibarkan Jalur Gemilang, serta penyertaan aktif dalam
aktiviti komuniti, demi menzahirkan semangat cintakan tanah air ini.
“Sebagai warganegara yang cintakan Malaysia, saya menyeru supaya semua warga Taiping yang memiliki premis perniagaan atau kediaman, mengibarkan bendera Malaysia @ Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos sehingga 30 September 2025,” katanya. - KitaReporters

Nyala