Alam & Sains 22 Mar, 2023

Moh muat turun Vortecx! Aplikasi baharu media sosial! Teknologi anak tempatan untuk pasaran tempatan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENGHADAPI  dunia tanpa sempadan hari ini pelbagai aplikasi media sosial diwujudkan sebagai alat untuk berkomunikasi selain media massa yang juga menjadi medium untuk penggunanya dalam menggali pelbagai informasi.

Jika selama ini kita diperkenal dengan TikTok, YouTube dan Instagram, kini pengguna tempatan berpeluang mengenali satu lagi aplikasi media sosial yang dikenali Vortecx.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bidang teknologi


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Vortecx, Danial Sarifuddin berkata, sebagai permulaan Vortecx  yang baru dilancarkan bulan Mac 2023 ini memberi peluang kepada para pengguna telefon android memuat turun dari Playstore untuk mendapatkan aplikasi Vortecx.

Walaupun fungsi Vortecx hampir sama dengan TikTok, YouTube dan Instagram tetapi yang membezakan Vortecx adalah konsep dan kandungannya.

"Jika kita lihat Tiktok lebih kepada hiburan dan sebagai salah satu platform menunjukkan kehebatan menari oleh penggunanya. Instagram pula lebih berkongsi foto dan video.

"Istimewanya aplikasi Vortecx, ia lebih menumpukan kepada aktiviti harian seperti berita, hal ehwal semasa dan cerita yang disampaikan dalam format video. Manakala semua kandungan dalam Vortecx adalah daripada pengguna itu sendiri.

"Sebagai contoh jika anda dalam perjalanan ke satu tempat mesyuarat di Kuala Lumpur dan ternampak kemalangan atau kejadian jenayah di kawasan persekitaran, anda boleh merakamkan kemudian memuat naik ke Vortecx.

"Dengan ini secara tidak langsung anda memberi kesedaran awam kepada masyarakat apa yang terjadi di sekeliling kita," jelas Danial Sariffudin.



Pengguna kini boleh berkongsi apa juga kejadian, skandal, gosip, bencana alam dan hiburan dalam format video dan artikel.

Selain itu, Vortecx yang dimiliki syarikat Grand Media Industry Sdn. Bhd. juga menerima bahan dalam bentuk artikel.

"Sesuatu yang menarik mengenai aplikasi Vortecx, para pengguna juga boleh menyiarkan artikel mengenai pandangan anda kepada hal ehwal semasa malah cerita mengenai anda.

"Buat masa ini pihak kami merancang untuk memberi hadiah kepada pengguna yang upload video-video yang relevan. 

"Di samping itu, kami juga merancang memberi 'referral fee' untuk mereka yang mengajak pengguna lain menggunakan aplikasi ini. 

"Aplikasi ini memberi kesedaran kepada masyarakat apa yang berlaku di sekeliling anda kerana anda akan mendapat berita dan cerita terkini. 

"Malah setiap hari, kami akan mengemas kini berita dan cerita. Bukan itu sahaja, malah Vortecx adalah aplikasi sosial media yang pertama di Malaysia dan mempraktikkan konsep sebegini," tambah Danial Sariffudin lagi.

Ironinya, aplikasi sosial media yang lain seperti Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook semuanya aplikasi dari luar negara tetapi Vortecx adalah milik tempatan dan dari Malaysia.

"Kami berharap akan mendapat seramai mungkin pengguna menggunakan aplikasi ini yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat," katanya penuh harapan.

Ditanya rancangan masa depannya, Danial Sariffudin berharap dalam tempoh tiga empat bulan lagi kami akan melebarkan aplikasi 'Vortecx' untuk para pengguna iPhone pula.

Jadi apa lagi, peluang dah ada yang diterajui anak tempatan sendiri.. Jomlah kita sokong buatan tempatan.

Tahniah Danial! Berjaya hasilkan teknologi untuk kegunaan rakyat malaysia sendiri.- KitaReporters


11
15
0
9
0
You will be interested