Alam & Sains 13 Aug, 2022

Video| Laluan LRT Kelana Jaya dibina di bawah kubur? Siap ada animasi grafik dan Google Map sekali!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


SEBUAH video yang memaparkan animasi LRT laluan Kelana Jaya yang dikatakan dibina di bawah kubur membangkitkan semula perasaan ingin tahu dalam kalangan orang ramai sehingga meraih hampir 8 juta tontonan. 

Perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial bernama @radinfikri menunjukkan animasi grafik sebuah laluan LRT dibina di bawah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak di berdekatan KLCC.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan



"Betul ke> Cuba komen,” soalnya dalam ruangan kapsyen ciapan tersebut.

Susulan daripada video tular yang berdurasi 22 saat itu, seorang lagi pengguna media sosial turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan lokasi sebenar laluan terowong LRT Kelana Jaya mengguna aplikasi Google Maps yang meraih perhatian pengguna media sosial.


Sumber foto: Selayang Pandang



Rata-rata orang ramai dalam media sosial berkongsi pelbagai pandangan untuk merungkai persoalan dan kebenaran melalui video tersebut.

“Asal kubur sahaja misteri. Masalahnya semua orang akan masuk kubur juga,” kata @maskmen05.

”Sebagai orang Kg.Baru, ini adalah salah satu fakta. Stesen Dang Wangi ke Kg. Baru memang akan melalui bawah kubur,” ujar @Luqie.

“Apa nak dijadikan isu kubur itu kerana ia akan menjadi destinasi yang kekal dan terakhir,” @ramlahmajjid. - KitaReporters


16
21
1
10
1
You will be interested