Alam & Sains 15 Dec, 2023

Amaran hujan lebat berterusan! Tahap bahaya di 5 daerah Terengganu! Tahap buruk pula di 3 daerah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Amaran laut bergelora di Panti Terengganu


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di lima daerah negeri ini bermula pada Khamis, 14 Disember 2023 

Lima daerah yang dijangka terbabit ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, selain daerah terbabit, kenyataan itu turut memaklumkan hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Marang, Dungun dan Kemaman. 

Tambah kenyataan tersebut, hujan berterusan tahap bahaya dan buruk ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.


Hujan lebat disertai angin kencang dijangka melanda Terengganu


Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu memaklumkan sehingga kini satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Terengganu susulan banjir di beberapa tempat.

Menurutnya, PPS Felcra Gunung Menerong mula dibuka pada jam 10.20 pagi pada Khamis, 14 Disember 2023, dengan menempatkan 17 keluarga yang terdiri dari 85 mangsa.



Kenyataan MetMalaysia juga memberi amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan. 

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan angin kencang utara berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter hingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan dalam tempoh Ahad, 17 Disember 2023 sehingga Sabtu, 23 Disember 2023.

Menurut kenyatan tersebut, lagi, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Anggota APM membuat pemantauan banjir di sebuah kampung di HUlu Terengganu


Amarabn angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter hingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore, selatan Reef North, Labuan dan timur Palawan dalam tempoh Ahad, 17 Disember 2023 sehingga Sabtu, 23 Disember 2023.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - KitaReporters


 Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia dengan bot bagi membantu mngsa banjir


 

 

12
10
2
18
1
You will be interested