Alam & Sains 09 Nov, 2023

Video| Resort runtuh! 4 selamat, 4 tertimbus! Dalam pembinaan di P Perhentian! Bomba hantar anggota!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Sebuah resort di dalam pembinaan runtuh di Pulau Perhentian


EMPAT pekerja pembinaan warga Myanmar dipercayai tertimbus dalam runtuhan sebuah resort yang dalam pembinaan di pusat peranginan Pulau Perhentian, Besut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh, berkata mereka menerima maklumat orang awam mengenai kejadian pada jam 7.34 pagi pada Khamis 9 November 2023

Maklumat awal memaklumkan empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.



Kerja-kerja menyelamat dn mencari mngsa sedang giat dijlankan



"Empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan," katanya dihubungi. 

Beliau  berkata, empat anggota bomba dihantar awal ke lokasi sementara tambahan anggota akan dihantar secara berperingkat-peringkaty menaiki bot.

"Kami juga memohon bantuan daripada unit K9 (unit anjing pengesan), STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) serta unit udara," katanya. 

Difahamkan, keadaan laut yang bergelora menyukarkan pasukan penyelmat dari tanah besar untuk sampai ke Pulau Perhentian bagi membantu kerja-kerja menyelamat. - KitaReporters


Mangsa yang diselmatkan di kejarkan ke Klinik Pulau Perhentian sebelum di bawa ke Hospital Besut

15
13
1
9
3
You will be interested