Alam & Sains 25 May, 2023

Scan To Ride Bas Smart Selangor! Program hebahan aplikasi guna bas awam! Kerjasama SSDU dengan MPS!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah menjalankan Program Hebahan Penggunaan ‘Scan To Ride’ Bas Smart Selangor kepada warga Sepang di laluan bas SP02 di Hentian Bas Bandar Baru Salak Tinggi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bermula seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari, 24 Mei 2023.

Seramai 15 orang petugas termasuk Pegawai MPS, SSDU dan juga sukarelawan SSDU di bawah program ‘Active8’ yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah terlibat secara langsung dalam menyampaikan hebahan penggunaan aplikasi “Scan To Ride” kepada warga Sepang dan pengguna yang menggunakan bas sebagai pengangkutan awam harian mereka.



Menurut Pengarah Urusan SSDU, Ahmad Akmal Hamzah, penduduk Sepang merupakan antara pengguna yang ramai menggunakan pengangkutan awam dan SSDU amat komited untuk membantu pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk mendidik warga Sepang, terutama warga asing yang bekerja di daerah ini untuk memanfaatkan penggunaan aplikasi digital ‘Citizen E-Payment’ (CEPat) bagi kemudahan mereka menaiki pengangkutan awam khususnya Bas Smart Selangor.

“Program Hebahan pada hari ini bertujuan untuk mendidik warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor di laluan SP02 untuk menggunakan aplikasi CEPat. 

"Setiap dari transaksi yang dilakukan mereka membantu dari segi kutipan hasil buat MPS, dan kutipan ini akan digunakan untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas yang disediakan dari masa ke semasa.

"Selain memudahkan mereka dari segi pengurusan masa, para pengguna juga akan lebih mudah merancang perjalanan mereka untuk menggunakan Bas Smart Selangor dengan merujuk aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) yang menyenaraikan senarai laluan bas, jangkaan ketibaan bas serta lokasi hentian bas," kata Ahmad Akmal.



Tambahnya lagi, program hebahan ini turut memberi ruang kepada sukarelawan Active8 yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi untuk kembali aktif dalam program sukarelawan, dan membantu mereka dari segi penglibatan aktiviti kokurikulum bersama orang awam.

Untuk perancangan pada masa akan datang, SSDU bercadang untuk mengadakan lebih banyak program hebahan dan kempen seumpama ini bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendekati warga Selangor terutama dalam mendidik orang awam berkenaan agenda pendigitalan negeri ini dengan mempromosikan aplikasi CEPat dan juga ‘Scan To Ride’ di setiap daerah dalam Negeri Selangor. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
20
0
12
0
You will be interested