Alam & Sains 05 Mar, 2020

ELAK KENA COVID-19: KONDOM LAKU KERAS!!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
DALAM sebuah lawak jenaka, seorang doktor memperkenalkan cara menggunakan kondom kepada penduduk untuk menggelakkan kelahiran tidak terkawal.  Lantas dalam satu ceramah, pegawai perubatan berkenaan menunjukkan cara menggunakan kondom itu dengan menyalutkan pada jari dengan harapan para lelaki fahamlah, di mana kondom itu perlu dipakai. : KitaReporters 

Kondom dipakai pada jari untuk lindungi dari virus Covid-19. - Kredit Gambar: Mirror UK


View image on Twitter

Siddharth Misra @sidart_misra dalam Twitternya menulis kondom dah habis dijual di Singapura apabila pengguna memilih alat itu untuk melindungi jari mereka ketika memicit butang lif.


Malangnya, kadar kelahiran tidak juga berubah dan akhirnya baru diketahui ketika melakukan hubungan kelamin, suami memang menyalutkan kondom pada jari bukan di tempatnya yang sepatutnya!!

Kini nampaknya kempen memakai kondom pada jari itu bolehlah dijadikan satu kebiasaan. 

Sebabnya penduduk di beberapa negara termasuk Australia dan Singapura dilaporkan 'ghairah' memakai kondom pada jari dan mereka berebut membeli banyak stok kondom

Sebenarnya, semua kondom itu dibeli untuk dipakai pada jari manis mereka bagi menghalang jari mereka tersentuh butang lif atau sepertinya.

Akhbar The Mirror UK melaporkan, inilah cara terbaru, penduduk dunia yang berpusu-pusu membeli bekalan peralatan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga. Ia untuk mencegah terkena jangkitan Covid-19. 

Selain itu, ada ramai rakyat Britain yang mengenakan penulut mulut dan pembersih tangan dengan cecair bakteria beberapa kali dalam sehari.

Selamat... di dalam kereta api di Britain ini satu fesyen baru. - Kredit foto: Mirror UK


Jika terdesak mereka juga ada cara kreatif untuk melindungi muka daripada tersentuh dengan orang ramai khususnya ketika menaiki kenderaan awam. Dan terjadikan satu trending yang lucu. 

Dari tong plastik, botol plastik dan beg plastik dijadikan topeng muka. Malu kena buang jauh-jauh sebab yang penting selamat dari Covid-19. 

Usaha terakhir memakai kondom itu menyebabkan alat itu sangat laris di pasaran macam goreng pisang panas.

Walaupun ada kecaman apabila pengguna memakai kondom pada jari, mereka memberi alasan kaedah itu paling selamat melindungi jari daripada menyentuh butang lif. 

Dilaporkan ada segelintir penduduk di negara tertentu yang sengaja meludah di papan butang lift. 

Malah ada juga yang menggunakan tisu dan mengesat air liur mereka untuk mengotorkan tempat awam yang menjadi tumpuan.

Bertopeng dengan beg plastik Tesco. - Kredit foto: Mirror UK


Tidak hairan sehari dua ini, kecoh dalam media sosial termasuk di Twitter yang menanyakan mengenai kondom yang dipakai pada jari. 

Terpapar gambar orang yang memakai kondom pada jari dengan selamba memicit butang lif. Malah di Singapura, pengguna Twitter menunjukkan kaunter menjual kondom Durex hampir kosong. 

Selain kondom, pengguna turut menyimpan stok tisu tandas, sabun dan pencuci tangan kerana di Britain sekarang jumlah pesakit yang disahkan positif Covid-19 sudah meningkat kepada 85 orang. 

Malah e-Bay menjual sehingga 50 botol seorang pencuci tangan yang berharga sampai £40 kerana pengguna sangat terdesak.

Manakala di pasar raya utama di UK, produk itu tidak ada lagi di rak dan pembelian dihadkan kepada sebotol saja untuk seorang.

Laku keras penjualan kondom. - Kredit foto: Mirror UK


Kondom dah habis dijual di rak. - Gambar Facebook

Sementara itu, saintis di China sudah mengesan dua jenis Koronavirus Covid-19 yang sedang merebak di seluruh dunia kini dan pembiakan virus tersebut dilaporkan memasuki tahap kedua dengan sebaran jangkitan yang lebih agresif dan berbahaya.

Saintis dari Universiti Peking berkata, mereka menemui dua jenis Covid-19 yang satunya, 70 peratusnya sangat agresit mutannya dan 30 peratus lagi tidak begitu cepat membiak. 

Yang berbahaya itu ada kaitannya dengan wabak yang dikesan di Wuhan, China. 

Agensi berita Associated Press melaporkan, Penyelidik School of Life Sciences and the Institut Pasteur of Shanghai di bawah Akademi Sains, Universiti Peking sangat berhati-hati dalam kajian mereka kerana rangkaian data yang terhad dan perlu usaha mengumpul banyak data untuk melihat pembiakan virus itu.

Peringkat awal mereka mengaitkan Covid-19 yang bermula di Wuhan, 70 peratus membiak dengan lebih agesif dan berbahaya. 

Secara lazimnya, penularan virus agresif itu sepatutnya menurun pada Januari 2020.

Partikel Covid-19 terbaru. - Kredit foto: 


Laporan dan statistik terkini COVID-29 di https://kitareporters.com/coronavirus


Dalam kes mutakhir, Kerajaan Itali sudah mengarahkan sekolah dan universiti ditutup selama dua minggu

Arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri Itali, Guiseppe Conte dalam satu mesyuarat kabinet pada Isnin, 3 Mac 2020.

Media Perancis La Presse melaporkan Menteri Pendidikan, Lucia Azzolina berkata belum ada keputusan muktamad ditetapkan tetapi penutupan sementara institusi pendidikan itu sebagai satu cara mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 yang mula dikesan di Utara Lombardy pada 19 Februari 2020.

Setakat ini, 4 mangsa meninggal dunia dan lebih 250 pesakit sudah disahkan positif di Perancis. - KitaReporters.com

0
0
0
3
1
You will be interested