Alam & Sains 07 Jun, 2021

Pemberian vaksin COVID-19: Terengganu sasar capai 80% imuniti kelompok! Dalam tempoh 6 bulan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Nor Azimi bertanya khabar penduduk Kampung Bukit Mundok,Setiu, yang sedang menunggu giliran untuk di vaksin. - Kredit gambar: Facebook Dr Nor Azimi Yunus.


BADAN Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Terengganu, merangka lima strategi bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk negeri itu dalam usaha mencapai  80 peratus imuniti kelompok pemberian vaksin dalam tempoh enam bulan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ( PICK)

Menerusi strategi itu, Terengganu yang mempunyai sosiodemografi  yang berbeza dengan negeri-negeri lain, perlu menyesuaikan pelaksanaan dengan keadaan di negeri berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Nor Azimi Yunus

Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus berkata, program turun padang ke kawasan pedalaman salah satu strategi utama yang akan dilaksanakan di seluruh negeri itu.

Katanya, menerusi strategi itu pihaknya menyasarkan dapat mencapai  80 peratus imuniti kelompok pemberian vaksin dalam tempoh enam bulan dalam kalangan komuniti negeri itu.

Dr Nor Azimi berkata dijangkakan seramai 841,000 penduduk di Terengganu akan lengkap divaksin pada ketika itu

"Kita sasar 193,340 individu menerima vaksin dalam tempoh sebulan sekiranya penerimaan vaksin mengikut jadual dan melalui tambahan lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang telah beroperasi sejak 1 Jun 2021 lalu,” katanya. 


Seorang penduduk Kampung Bukit Mundok,Setiu sedang disuntik vaksin oleh petugas KKM


Beliau berkata, pada April hingga Mei 2021, sebanyak 3,808 individu menerima suntikan setiap hari dan jumlah itu meningkat kepada 5,380 individu setiap hari berikutan penambahan PPV menjadikan jumlah keseluruhan ialah 13 PPV beroperasi ketika ini.

Katanya, selain meningkatkan jangkauan (outreach) pemberian vaksin di kawasan pedalaman, pihak JKNT turut bekerjasama dengan Pengamal Perubatan (GP) swasta di negeri ini bagi melancarkan proses pemberian vaksin. 

"GP juga ada membuat PPV sendiri dan akan menyediakan khidmat suntikan vaksin kepada pesakit mereka. Setakat ini, sebanyak 12 GP yang menyatakan kesediaan untuk menjadi PPV GP," katanya. 


Petugas KKM  sibuk mengendalikan program imunisasi COVID-19 di daerah Setiu,Terengganu


Selain itu, katanya, satu kolaborasi turut diadakan bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menubuhkan sebuah PPV IPT (institusi pengajian tinggi) yang mampu memberi suntikan kepada 1,500 individu hingga maksimum 3,000 individu setiap hari

Katanya,  JKNT turut merancang untuk mewujudkan PPV di masjid terpilih di setiap daerah untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin ini kepada rakyat Terengganu.


Orang ramai  mendaftar untik mendapaatkan suntikan vaksin 


Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sambutan terhadap proses vaksinasi di negeri itu memberangsangkan di mana peratusan penduduk yang mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera melonjak kepada 40 peratus berbanding hanya 20 peratus yang direkodkan sebelum ini

Sebagai contoh, katanya, seramai 680 penduduk dari Kampung Bukit Mundok, Setiu, keluar secara sukarela untuk mendapatkan suntikan vaksin anjuran CITF Daerah Setiu yang berlangsung pada Ahad, 6 Jun 2021.

“Kesimpulannya Rakyat Terengganu bukan tidak mahu divaksin. Mungkin mereka ada kekangan tertentu terutama disebabkan  kedudukan Bukit Mundok sejauh 45 kilometer dari PPV Awam Sungai Tarom yang jauh di pedalaman, tetapi mereka tetap hadir untuk mendapatkan vaksin,” katanya. - KitaReporters


Dr Nor Azimi ketika meninjau program imunisasi vaksin di Kampung Bukit Mandok, Setiu

1
1
0
1
0
You will be interested