Alam & Sains 30 May, 2021

Berita Terkini| Tiga lagi PKRC dibuka! Kes Covid-19 di Kelantan terus meningkat! Hampir 1k kes!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

DR. AZMAN meneliti PKRC yang baharu dibuka dan sedang mengenal pasti beberapa lagi lokasi sesuai untuk dijadikan PKRC.


TIGA lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dibuka di Kelantan iaitu di Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini mencecah hampir 1,000 kes sehari ketika ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Azman Yacob berkata, lokasi tersebut dipilih kerana berhampiran Kota Bharu dan memudahkan urusan untuk menempatkan pesakit positif Covid-19.

"Sebahagian pesakit positif dari Kota Bharu dan PKRC sedia ada sudah penuh dan sesebuah PKRC mempunyai kapasiti sekitar 200 katil hanya mengambil masa 72 jam sahaja untuk penuh.

"PKRC Kampung Laut, Tumpat tidak sampai 48 jam, 200 katil penuh dengan pesakit. Pada hari pertama sahaja seramai 140 pesakit ditempatkan di situ," katanya kepada seperti dipetik oleh Sinar Harian, Ahad 30 Mei 2021.

PKRC Tanjong Chat yang menempatkan 220 katil merupakan PKRC ke 12 daripada 14 yang akan dibuka di Kelantan disusuli dengan PKRC Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa.

Menurutnya, beberapa lokasi sedang dikenal pasti dan lawatan tapak akan diadakan dalam masa terdekat untuk melihat keperluan asas yang perlu diubah suai sebelum sesebuah PKRC dibina.

Beliau berkata, tujuan ditempatkan di PKRC adalah mengelakkan pesakit berada pada tahap keempat mahu pun kelima yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi ICU kerana petugas kesihatan boleh memantau dari awal. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested