Mendengar radio hari ini bukan sekadar peneman ketika berdepan dengan kesesakan jalan raya atau mendapat maklumat tetapi kini pendengar berpeluang memperoleh hadiah wang tunai sehingga RM8,000.
Kesemua tawaran itu diberikan istimewa kepada pendengar ERA, Sinar dan Gegar. Malah lebih menarik pendengar bertuah berpeluang untuk dibayar bil sehingga RM200 dengan peraduan yang ditawarkan.
Penolong Naib Presiden, Komunikasi Astro, Natasha Alison dalam kenyataan memaklumkan peluang menarik itu boleh direbut menerusi tiga peraduan iaitu The Masked Rapper ERA, manakala dalam saluran Sinar pula menerusi Betulkan Lirik Sinar dan Gegar Bayar Bil 2.0.
Katanya, peminat radio ERA boleh sertai ‘The Masked Rapper ERA’ dengan membuat tekaan klip lagu bermula dari sekarang hingga 9 April 2021 untuk menang wang tunai bernilai RM150!
“Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas
isyarat memanggil ke udara kemudian teka tajuk lagu yang dirap oleh dua
penyanyi rap tempatan, Luca Sickta dan
Kmy Kmo, apabila mendengar klip lagu dimainkan ke udara.
“Peserta juga boleh mendapatkan pembayang menerusi ‘IG Stories’ ERA dan jawapan yang betul akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM150 dan wang tunai akan digandakan ke pusingan seterusnya untuk setiap jawapan yang salah,” katanya.
Bagi peminat Sinar pula mereka boleh menang sebahagian wang tunai bernilai RM8,000 dengan peraduan ‘Betulkan Lirik Sinar’ dari sekarang hingga 26 Mac 2021 di udara.
“Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas
isyarat memanggil ke udara menerusi Segmen Pagi Di Sinar bersama Jep, Angah dan
Rahim. Mereka akan menyanyikan baris lagu dan peserta perlu meneka perkataan
yang tidak dinyanyikan.
“Jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai sekurang-kurangnya RM200 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti Sinar, manakala sekiranya tiada jawapan yang betul bagi pusingan itu, hadiah wang tunai akan ditambah ke pusingan seterusnya,” ujarnya lagi sambil mengajar pendengar meriuhkan Pagi Di Sinar dengan menyertai ‘Betulkan Lirik Sinar’ sekarang.
Sementara itu, peminat Gegar boleh ambil bahagian dalam
‘Gegar Bayar Bil 2.0’, yang dibawakan oleh Susu Maeez dari sekarang hingga 8
April 2021 menerusi laman rasmi Gegar di gegar.my untuk peluang menerima bantuan
pembayaran bil berjumlah RM200.
Jelas Natasha, peserta hanya perlu melayari laman
rasmi Gegar di pautan gegar.my untuk mengambil bahagian dengan melengkapkan maklumat
peribadi berserta maklumat bil yang ingin dibayar oleh pihak Gegar.
Malah, peserta juga perlu memuat naik gambar bil yang
ingin dibayar dan kongsikan jawapan untuk soalan: Kenapa Gegar perlu membayar bil
anda?
“Jumlah pada satu bil yang dilampirkan itu perlu bernilai RM200 atau lebih rendah, pemenang akan diumumkan menerusi siaran udara dan di laman media sosial Gegar,” katanya.
Jangan lepas peluang menanrik ini, bukan sahaja berpeluang mendapat maklumat dan berhibur tetapi juga dapat ‘menyelesaikan’ bil-bil. Jadi apa tunggu lagi…jom… jangan terlepas. - KitaReporter