Alam & Sains 02 Apr, 2021

Niat di hati nak beli peranti iPhone 7 terbaharu! Tapi dapat meja komputer unik mirip iPhone!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Meja komputer unik mirip peranti iPhone 7 model terbaharu yang diterima oleh seorang lelaki Thailand kerana ia menyangka pesanan dibuatnya ialah telefon pintar berkenaan. - Kredit foto: Worlds of Buzz.


HASRAT seorang lelaki memiliki sebuah peranti iPhone moden dan terkini begitu meluap-luap sekali setelah melihat iklan di sebuah laman web yang disebarkan oleh sebuah syarikat Korea Selatan. 

Setelah membuat semakan dan melihat sekali imbas beberapa jenis model terkini dia terus membuat pesanan untuk membeli telefon pintar berkenaan melalui kedai dalam talian.

Dengan penuh semangat setelah pesanan dibuat beliau berharap dapat memiliki iPhone terkini itu buat dirinya sendiri serta terfikir bolehlah ditunjukan kepada rakan-rakan bahawa dia kini mampu membeli peranti model terkini dan canggih.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peranti

Lelaki Thailand ini terkejut besar kerana pesanan yang dibuatnya melalui kedai dalam talian bukan peranti iPhone 7 model terbaharu tetapi rupanya sebuah meja komputer unik yang reka bentuknya benar-benar mirip telefon pintar berkenaan.


Bagaimanapun lelaki dari Thailand ini berkongsi pengalaman yang mengejutkan mengenai pembelian iPhone 7 hingga membantutkan hasrat dan harapannya untuk menggunakan alat peranti berkenaan bagi kegunaan hariannya.

Sebaik sahaja menerima pesanan belian yang dibuatnya melalui sebuah syarikat penghantaran lelaki itu terkejut besar kerana bungkusan yang diterimanya agak besar hingga pulohan kali ganda jika dibandingkan dengan bungkusan iPhone yang disangkanya sebelum ini. 

Dengan perasaan bercampur baur dia menerima bungkusan berkenaan dengan penuh teka teki apakah sebenarnya dalam bungkusan yang diterima dari syarikat penghantaran tersebut.Tak kanlah iPhone yang dipesan itu terlalu besar saiznya, fikir beliau sebelum membukanya.

Selain itu kos penghantaran bungkusan yang diterima itu agak mahal daripada yang sepatutnya.


Cara pemasangan meja komputer unik yang mempunyai reka bentuk mirip iPhone 7 juga mudah dan berinovasi.


Lelaki yang tidak dinamakan itu, lapor World of Buzz pada awalnya membuat tempahan membeli iPhone model terbaharu melalui sebuah kedai dalam talian milik syarikat di Korea Selatan. Bagaimanapun apa yang diterimanya adalah iPhone gergasi.

Setelah selesai berurusan dengan pihak penghantaran sebaik berada di rumah dengan tidak sabar lelaki berkenaan terus membuka bungkusan yang diterimanya sebelum ini dengan harapan ialah barangan dipesan iaitu iPhone 7 model terkini. 

Bagaimanapun setelah bungkusan dibuka ia terkejut dan terpingga-pingga kerana bukan barangan asal yang dipesan iaitu iPhone 7, sebaliknya sebuah meja komputer unik dengan bahagian permukaan meja tersebut reka bentuknya serupa dengan skrin alat peranti iPhone.


Sebenarnya meja komputer unik yang memiliki reka bentuk mirip peranti iPhone 7 yang diiklankan oleh syarikat Korea Selatan nampak cantik dan kemas kerana ia mempunyai laci berfungsi tempat meletakan papan kekunci komputer.


Selain itu,meja komputer berkenaan yang berbentuk iPhone ini lain daripada yang lain kerana dilengkapi dengan slot kad SIM di mana ia berfungsi sebagai lacinya untuk kegunaan meletakan papan kekunci (keyboard) komputer.

Bahagian permukaan meja tersebut benar-benar kelihatan seperti iPhone, kaca di atasnya seolah-olah seperti layar peranti, manakala bahagian tepinya merupakan sarung yang dilengkapi dengan butang utama.

Inilah antara penampilan reka bentuk meja komputer unik dalam reka bentuk iPhone yang diiklankan oleh sebuah syarikat kedai dalam talian di Korea Selatan.

Bagi sesiapa yang berminat ingin memiliki meja komputer yang seakan-akan mirip reka bentuk iPhone harga ditawarkan 310,000 won Korea Selatan (KSW) lebih kurang RM1,133.47.  Harga berkenaan tidak termasuk bayaran pengiriman dari Korea Selatan.


Patutlah kos penghantaran meja komputer unik yang reka bentuknya mirip iPhone 7 kerana ia mempunyai saiz standard seperti meja kegunaan menulis lainnya.


Lelaki Thailand itu semasa menceritakan kisahnya mengakui bahawa dia tidak mempunyai masa untuk memeriksa secara teliti keterangan barangan ketika membuat pesanan tersebut.

Dia sebenarnya merasa terkejut semasa hendak memeriksa bungkusan iPhone 7 yang dipesan itu kerana kos penghantaran terlalu mahal. Tidak hairanlah mengapa kos penghantarannya tinggi kerana ia bukan iPhone sebenar sebaliknya sebuah meja komputer unik seolah-olah seperti iPhone 7 yang disangkanya sebelum ini.

Setelah membuka bungkusan tersebut baru dia faham harga penghantaran yang tinggi kerana dia memesan sebuah meja komputer unik dengan reka bentuknya seperti peranti iPhone yang beratnya puluhan kilogram.

Syarikat yang menjual meja komputer unik dengan reka bentuk mirip iPhone 7 model terbaharu yang diiklankan dalam laman web merupakan syarikat dari Korea Selatan 10*10. - KitaReporters


Kepada mereka yang suka membeli barangan melalui dalam talian, teliti dan bacalah segala maklumat yang ada sebelum membuat pesan. Jangan nanti terjadi seperti dialami lelaki Thailand ini yang hasratnya untuk membeli peranti iPhone 7, sebaliknya memperolehi meja komputer unik dengan reka bentuknya mirip peranti berkenaan.

3
1
1
2
0
You will be interested