Alam & Sains 03 Dec, 2020

Tahniah KKM! Setengah juta kanak-kanak akan dapat vaksin free

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

KALAU disebut tentang imunisasi, sudah pasti akan muncul golongan yang digelar sebagai ‘antivaksin’ yang sudah tumbuh dengan rancak di sana sini dalam komuniti kita. Pada hakikatnya, imunisasi yang ‘dibenci’ oleh sesetengah pihak itu sangat memberi makna yang besar buat kesihatan rakyat, terutama di negara kita. : KitaReporters



Lagi laporan-laporan berkaitan kesihatan:

https://kitareporters.com/search?search=kesihatan


Suka tak suka, ia telah terbukti secara klinikal bahawa imunisasi dapat mengelak daripada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti radang paru-paru, radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkita bakteria dalam darah atau Septicaemia.

Apa yang disenaraikan itu adalah penyakit berbahaya yang berpunca daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae, yang juga dikenali sebagai Pneumokokus




Melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya memperjuang pemberian suntikan vaksin Pneumokokal untuk 500,000 kanak-kanak di seluruh negara yang akan dilaksanakan secara serentak bermula 1 Disember 2020.

Sudah tentu ia menjadi tarikh paling bahagia dan penuh erti untuk semua warga KKM dan ibu bapa yang mahu melihat wajah kanak-kanak yang comel dapat membesar dengan sihat dan ceria.

Untuk masyarakat kebanyakan di luar sana, ketahuilah bahawa sudah begitu lama warga KKM memperjuangkan untuk memasukkan suntikan vaksin Pneumokokal ini ke dalam NIP, akhirnya baru sekarang, ia berjaya dicapai seperti diumumkan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada 1 Disember 2020.


Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


Selain warga KKM, ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai kesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan ini sudah lama menunggu saat pemberian vaksin Pneumokokal ini kepada kanak-kanak. Ia merupakan suatu kepuasan dan kejayaan besar buat semua rakyat sebenarnya!

Secara pentadbirannya, ia merupakan hasil kegigihan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan berkaitan kesihatan dan ibu bapa yang mementingkan vaksin sehingga mampu meyakinkan Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan cukup besar iaitu sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan suntikan vaksin ini.

Selama ini, pihak swasta sahaja yang mendominasi ‘industri’ menyuntik vaksin berkenaan. 

Rakyat kebanyakan terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk mendapatkan vaksin tersebut. Disebabkan permintaan yang mengalakkan, maka sudah tentu pihak swasta akan meletak harga yang cukup mahal. 



Maka, jujur dikatakan usaha yang pihak KKM sedang lakukan ini amat bagus demi kesihatan rakyat sejagat. 

Mudah-mudahan usaha ini dengan bantuan semua pihak termasuk komuniti yang provaksin, mendapat berkat dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Langkah ini tepat pada waktunya kerana ia memenuhi hasrat rakyat yang mahu hidup sihat, anak-anak membesar dan menjadi modal insan yang mampu menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang kepakaran. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested