Alam & Sains 10 Aug, 2021

Masalah bekalan air di Kuala Terengganu, Kuala Nerus! Air percuma 2 bulan di kawasan terjejas!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Penduduk menunggu giliran mendapatkan bekalan air dari lori


SETELAH berdepan dengan kesusahan kesan pandemik COVID-19, penduduk di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kini dilanda krisis bekalan air sejak seminggu lalu dan belum pasti bila bekalan air akan kembali pulih seperti biasa. 

Masalah ketiadaan bekalan air tersebut membabitkan 28,700 akaun rumah dengan 115,000 penduduk menyebabkan pengguna terpaksa mendapatkan sumber air dan ada yang terpaksa mengali perigi untuk mendapatkan sumber bekalan untuk kegunaan harian.

Paling menyedihkan seramai 4,000 penduduk Mukim Manir yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 5 Ogos 2021 hingga 18 Ogos 2021 turut berhadapan dengan masalah bekalan air terputus.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bekalan air

Jabatan Bomba dan Penyelamat turut membantu mengagihkan bekalan air kepada penduduk di Kuala Terengganu dan Kuala Berus


Berikutan kesukaran penduduk di kawasan PKPD terbabit pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) telah menempatkan dua buah lori bagi menampung keperluan pengguna di kawasan tersebut.

Gangguan bekalan air membabitkan dua daerah berkenaan sejak Isnin 2 Ogos 2021 dikatakan berpunca daripada paip di dasar Sungai Terengganu pecah

Sehingga kini pihak SATU masih berterusan melakukan kerja pembaikan paip di dasar sungai berkenaan.


Kerja-kerja membaiki paip utama di dasar sungai Kuala Terengganu giat dijalankan.


Sementara itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan air percuma selama dua bulan kepada seluruh pengguna di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang terjejas sebaik proses membaik pulih bekalan selesai.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu diambil sebagai menghargai kesabaran orang ramai semasa krisis air berlaku.

Katanya, Kerajaan Negeri amat memahami kesulitan rakyat menghadapi krisis air yang sedang berlaku di daerah Kuala Nerus dan beberapa kawasan Kuala Terengganu akibat paip air yang pecah di dasar Sungai Terengganu.

"Sebagai menghargai kesabaran penduduk yang terjejas, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan air percuma kepada semua akaun terlibat selama dua bulan setelah baik pulih selesai," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin 9 Ogos 2021.



Menteri Besar berkata, sepanjang tempoh krisis, kerajaan negeri sedang menguruskan bekalan air minuman bersih kepada semua penduduk yang terjejas.

"Di kesempatan ini, kerajaan negeri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban rakyat, termasuk semua syarikat bekalan air seluruh negara, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta pihak persendirian.

"Bersama kita doakan agar kerja pembaikan berjalan mengikut jadual sekali gus dapat menamatkan segera krisis air ini," tambah beliau. - KitaReporters


Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori pembekal air.

0
1
0
1
0
You will be interested

Video| Terima kasih kongsi tip! Agar reban ayam tiada lalat, kurang berbau! Hanya guna sekam padi!

Seorang penternak ayam telur berkongsi tip elak reban berbau dan didatangi lalat.
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 15 hours ago

Video| Wanita terkejut! Kapasiti elektrik di Malaysia unlimited! Di Indonesia kena ikut harga dibayar!

Kejutan budaya perbezaan daya kapasiti watt elektrik tenaga elektrik video tular Malaysia Indonesia berbayar dibayar penggunaan berbayar tiada had ada had
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 1 week ago

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

Harimau kumbang diperangkap terperangkap ditangkap Felda Lasah Sungai Siput Utara Perhilitan Perak ladang kelapa sawit peneroka perangkap pekerja ladang kebun
Abdul Razak Din in Alam & Sains 2 weeks ago

Perubahan di benua Antartika beri kesan kepada Malaysia! Rakyat perlu sedar kesan perubahan iklim!

Benua Antartika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Mohammad Ishak in Alam & Sains 2 weeks ago