Alam & Sains 05 Oct, 2021

7,082 rakyat Terengganu berjaya dapat pekerjaan! Lalu temu duga, penganjuran karnival pekerjaan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Ibu Pejabat PERKESO Negeri Terengganu


PENGANJURAN pelbagai temu duga termasuk karnival pekerjaan yang diadakan di Negeri Terengganu memberi peluang lebih ramai penduduk negeri itu mendapatkan peluang pekerjaan meskipun berada dalam tempoh pandemik COVID-19.

Ini terbukti apabila seramai 7,082 rakyat Terengganu telah berjaya mendapat pekerjaan melalui penganjuran pelbagai temu duga termasuk karnival pekerjaan yang diadakan oleh Terengganu Human Resources Development Center (THRDC) sehingga Ogos 2021.

Pengarah PERKESO Negeri Terengganu, Farihah Che Husin berkata, pihaknya telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 temu duga termasuk Karnival Pekerjaan Negeri Terengganu melalui  kerjasama Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) dan Majlis Pekerjaan Negeri Terengganu (MPNT).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PERKESO


Farihah Che Husin


Katanya, PERKESO bekerja rapat dengan kerajaan negeri, sentiasa bersama-sama agensi kerajaan dan swasta serta NGO (Badan Bukan Kerajaan Negeri) bagi membantu rakyat. 

Beliau berkata, hasil daripada penganjuran temu duga tersebut, seramai 7,082 rakyat Terengganu telah berjaya mendapat pekerjaan sekali gus mengurangkan indeks pengangguran di Terengganu.

"Kerajaan negeri turut prihatin di mana hasilnya pada awal Julai tahun ini (2021) tertubuhnya UPNT dan MPNT yang ditubuhkan daripada cetusan idea THRDC, anak syarikat kerajaan negeri bersama PERKESO,” katanya.

Beliau berkata, UPNT mempunyai lebih 30 agensi daripada pihak majikan, pendana, pemain industri serta pusat latihan dan pembelajaran bagi menjalankan tanggungjawab membawa semula kerjaya kepada rakyat yang terkesan," katanya.

Farihah berkata, selain menawarkan pekerjaan, UPNT dan MPNT juga berperanan menyalurkan bantuan-bantuan Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu agar tiada yang ketinggalan dalam mendapat manfaat berkenaan.


Sebahagian remaja dari Terengganu yang menghadiri temuduga pekerjaan melalui karnival penjana Negeri Terengganu


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) THRDC, Aminuddin Omar berkata, sebuah syarikat di Shah Alam, Kilang Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn.Bhd. menawarkan kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mengisi kekosongan peluang pekerjaan yang memerlukan 800 pekerja dari Terengganu.

Ketika ini, katanya, permohonan sedang giat berjalan dan pengambilan akan dibuat dalam masa terdekat. - KitaReporters

15
17
2
16
1
You will be interested