ANIMASI Malaysia terus mengorak langkah serta melakar pelbagai kejayaan demi kejayaan dan terbaharu, animasi Mechamato dari Animonsta Studios Sdn. Bhd. (Monsta) telah mencipta sejarah apabila berjaya menembusi pasaran Jepun.
Ini adalah satu kebanggan bagi kita selaku rakyat Malaysia kerana bukan mudah untuk memasuki pasaran animasi di Jepun.
Malah, pengasas Monsta, Mohd Nizam Abd Razak, beliau sangat bangga kerana animasi Malaysia terpilih dan bersyukur kerana mesyuarat kali terakhir pada 31 Januari 2020 telah mencipta sejarah untuk mereka.
Malahan, suara yang akan digunakan nanti pula adalah datang dari barisan pelakon suara A-list. Ini yang membuatkan Nizam makin bangga dengan karyanya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan animasi
Bagi dirinya, bukan sahaja dirinya terperanjat malah rakan-rakan dari Jepun sendiri agak terkejut kerana animasi luar mampu tembusi pasaran Jepun kerana biasanya ia datang dari negara mereka sendiri atau Amerika Syarikat (AS).
Pihak Jepun telah mengumumkan bahawa cerita Mechamato akan bersiaran mulai 27 Mac 2022 nanti.
Tambah Nizam, biasa kita tonton cerita kartun dari Jepun je. Tapi kali ini orang Jepun pula akan tonton cerita kita. Harap mereka akan jadikan animasi kita sebagai cerita utama.
Kita doakan moga cerita Mechamato akan dapat sambutan hangat daripada penduduk Jepun dan bakal membuka ruang lebih luas untuk orang Malaysia berkarya dan tembusi pasaran matahari terbit itu. - KitaReporters