PASUKAN bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan kaedah mengajar sanitasi awam berikutan kekangan kakitangan. Kredit Foto Sinar Harian
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima permohonan sanitasi awam yang mendadak berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan.
Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin, berkata sepanjang
tiga minggu lalu, sebanyak 284 permohonan sanitasi awam membabitkan premis
kerajaan, sekolah, pondok serta tadika.
"Kami banyak menerima panggilan untuk tugas khas
membabitkan permohonan mengadakan sanitasi awam sejak awal pandemik Covid-19
malah sehingga kini pun masih ada yang memohon.
"Bagaimanapun kami mengambil pendekatan mengajar mana-mana premis termasuk hotel untuk melakukan sendiri proses sanitasi itu berikutan berdepan dengan kekangan tenaga kerja dan buat masa ini kami hanya mempunyai 610 anggota.,ā€¯katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada Rabu 5 Mei 2021.
Dalam masa sama, Zainal berkata, anggotanya juga terbabit secara langsung dengan
pengurusan jenazah mangsa Covid-19 dan untuk tahun ini sahaja, seramai 82
jenazah telah diuruskan dengan pembabitan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya
(HAZMAT).
Dalam perkembangan penugasan sempena kedatangan
Aidilfitri ini, Zainal berkata, seramai 20 peratus anggotanya dibekukan cuti
bermula 12 Mei hingga 30 Jun. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter