HARI ini media sosial bukan sahaja sebagai ruang untuk chat dan berhibur semata-mata tetapi platform berkenaan juga digunakan dengan pelbagai aktivit termasuklah menjadi lubuk mencari rezeki. Malah, berniaga dalam talian sudah menjadi trend golongan muda masa kini untuk mempromosikan jualan mereka. Walaupun tidak perlu bersemuka, namun barang jualan akan dipromosi secara terperinci oleh si penjual bagi meyakinkan pembeli. : KitaReporters
Inilah teknologi hari ini… semuanya di hujung jari anda!
Baru-baru ini, seorang penjual dalam talian berdepan detik melucukan apabila kerusi yang digunakan patah menyebabkan dia terjatuh ketika baru bersiap sedia untuk promosi
barang jualan berkenaan secara live (langsung) dalam Facebook.
Perkongsian menerusi Twitter @MonyetDLuffy menunjukkan seorang pemuda berbaju hitam dan topi yang merupakan pemilik pakaian terpakai terduduk ke lantai daripada kerusi yang digunakan .
Lebih melucukan ketika itu dia baru memberikan salam dan belum sempat mempromosi barang jualannya lagi.
Aduh lucunya bro!
Malah situasi tersebut membuatkan kawan-kawannya yang
berada di hadapan turut tergelak besar dengan insiden berkenaan.
Ada juga peminat yang sedang mengikuti acara live itu menghantar mesej: "Allahu kerusi patah pulak (dengan ikon gelak sampai keluar air mata)"
KESILAPAN TEKNIKAL ..kerusi yang digunakan patah menyebabkan pemilik terjatuh ke lantai ketika bersiap sedia mempromosikan barang jualan secara Live dalam Facebook baru-baru ini. - Kredit foto: @MonyetDluffy.
Namun, usahawan muda itu tidak patah semangat, sebaliknya kembali bangkit meminta maaf kepada pengikutnya dan mengakui berlaku kesilapan teknikal sebelum
meneruskan jualan.
Malah dia sempat mengakui kerusi yang digunakan itu
adalah kerusi lama menyebabkan patah lalu menggantikan dengansebuah kerusi lain.
Walaupun berlaku sesuatu yang memalukan tapi boleh
tabik kepada orang muda ini kerana tidak mematahkan hati dan semangatnya terus
perniagaan mencari rezeki.
KOMEN netizen yang terhibur dengan kejadian berkenaan.
Salute u brother!
Video berkenaan mendapat hampir 190,000 tontonan dan membuatkan ramai netizen terhibur dengan insiden berkenaan.
Malah ada juga yang menganggap kejadian berkenaan sebagai gimik jualan semata-mata.
Namun tidak kurang juga yang tergelak dengan kejadian melucukan dan tetap memberikan semangat kepada pemilik berkenaan. - KitaReporters