SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, ramai yang merungut kekurangan bajet disebabkan tidak dapat meneruskan pekerjaan. Namun amat mengejutkan apabila Perodua mengumumkan jualan produk mereka terus meningkat sepanjang ‘tempoh’ itu!! Wah ramai juga yang membeli kereta walaupun pergerakan terhad. : KitaReporters
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Perkara demikian dimaklumkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang mencatat jualan sebanyak 7,886 unit kenderaan pada Mei 2020.
Hebat!!!
walaupun pasaran berdepan dengan situasi tidak menentu akibat penularan COVID-19, jualan kereta tetap ‘berjalan’ lancar.
Zainal berkata,
jumlah tersebut telah menambah jualan setakat tahun ini (YTD) kepada 52,920
unit, sekali gus menguasai 41 peratus pegangan pasaran, berdasarkan jumlah
keseluruhan industri iaitu 129,401 unit.
MODEL MYVI antara kereta paling laris menjadi pilihan pembeli. - Foto Kredit- Paultan.Org
“Situasi Covid-19 yang masih melanda ini telah memberi kesan ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan yang lalu.
“Namun, kami
bersyukur kerana dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kami kembali beroperasi
di seluruh negara, Perodua berjaya mendekati angka jualan Mac kami pra-Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Katanya, Jualan
Mei Perodua merangkumi model Myvi sebanyak 2,612 unit, Axia (2,028), Bezza
(1,820), Aruz (950) dan Alza (476).
Pembeli Aruz dan varian Myvi terpilih berpeluang menerima penebusan tunai khas sehingga RM1,300.
Zainal Abidin berkata, ciri-ciri Perodua yang kompak, mampu milik, cekap bahan api, luas dan mudah dipandu menyebabkan kenderaan tersebut menjadi pilihan rakyat negara ini.
“Dalam era penjarakan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan yang lebih penting.
“Kenderaan
diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah
malah pemandu e-hailing juga menghantar barang di samping mengangkut
penumpang,” katanya.
Sebelum PKP dikuatkuasakan, Perodua berjaya menjual 8,601 unit kenderaan pada Mac.
Sementara
itu, sempena kempen Sambutan Bermakna Perodua yang berlangsung sepanjang Jun
ini, Perodua menawarkan hadiah lumayan.
Pembeli Aruz dan varian Myvi terpilih berpeluang menerima penebusan tunai khas sehingga RM1,300, manakala pembeli model lain pula akan menerima e-baucar RM300 yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di pusat servis Perodua.
Beli kereta
baru dapat hadiah wang tunai pulak… bestnya!! - KitaReporters.