Alam & Sains 28 Mar, 2020

PRODUK MALAYSIA BANTU "HERO" DI AS, DUNIA

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

MELALUI satu ciapan aplikasi Twitter, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia mengakui bahawa sarung tangan getah yang digunakan oleh petugas-petugas kesihatan yang disebut sebagai "hero-hero" di Amerika adalah dihasilkan di Malaysia. Jelasnya, 65 peratus sarung tangan perubatan yang digunakan oleh petugas kesihatan di seluruh dunia diperbuat di Malaysia. : KitaReporters

Ciapan Twitter Kedutaan Besar US di Kuala Lumpur


Dalam ciapan tersebut juga menyatakan bahawa dunia sedang melawan pandemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) dengan "bergantung" kepada Malaysia. 

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menghentikan dan bertindak mengharamkan sarung tangan yang diperbuat oleh salah sebuah syarikat di Malaysia.

Kredit Foto: BH Online


Namun baru-baru ini, menurut Channel News Asia melaporkan Amerika Syarikat menarik balik larangan dan pengharaman tersebut kerana sarung tangan mendapat permintaan yang tinggi ekoran penularan wabak Covid-19 yang meningkat secara mendadak di negara Uncle Sams tersebut.


Pada Khamis, 26 Mac 2020, Amerika Syarikat melaporkan kes dijangkiti wabak Covid-19 di negara itu mendekati jumlah 100,000 orang, sekali gus menjadi negara yang paling banyak mencatat kes positif Covid-19, mengatasi China dan Itali.

Dalam pada itu, The Washington Post melaporkan, angka positif Covid-19 di Amerika Syarikat telah melepasi angka 100,000 orang, sehingga memaksa Presiden AS, Donald Trump menguatkuasakan Akta Pengeluaran Pertahanan bagi memaksa pihak industri mengeluarkan lebih banyak peralatan perubatan seperti ventilator bagi menangani penularan pandemik tersebut.

Jumlah mereka yang sah dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 600,000 kes, manakala jumlah korban pula terus meningkat kepada lebih 27,000 orang.

Kes pertama Covid-19 di Amerika dilaporkan berlaku kira-kira dua bulan lalu, dan melepasi jumlah 10,000 pada 19 Mac 2020.



6
0
0
0
0
You will be interested