Alam & Sains 30 Apr, 2020

Fadilat berpuasa! Mampu bantu musnahkan virus! Awet muda!

@wan noor hayati wan alias (allahyarham)
Memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Malaysia pada 2008 hingga 2013 sebelum meneruskan kerja di Berita Harian. Pernah menerima Anugerah Kajai pada 2014.

Share this

DI SEBALIK setiap larangan dan perintah Allah ada tujuannya yang tentunya bermanfaat untuk kita sebagai hamba-Nya patuh tanpa persoal. Pengharaman Allah tentang pemakanan babi sebagai contohnya sudah dibuktikan secara saintifik bahawa ia mengandungi lebih 100 kuman yang berbahaya untuk kesihatan manusia. : KitaReporters


Begitu juga hikmah kepada perintahnya seperti puasa.

Sempena bulan Ramadan ini, sedikit informasi mengenai hikmah puasa mungkin boleh serba sedikit membantu kita memahami perintah Allah yang wajib ini.

Seorang ahli saintis Jepun telah melakukan kajian dan menemui berpuasa dapat memecahkan protein dan komponen rosak dalam badan lalu memusnahkan virus.

Bukankah wabak Covid-19 berpunca daripada virus? Berpuasa boleh memusnahkan virus seperti virus Covid-19??

Yoshinori Ohsumi yang turut dianugerahkan Hadiah Nobel 2016 dalam Perubatan Fisiologi menerusi kajiannya itu mendedahkan bagaimana sel tubuh mengalami kitar semula yang dikenali sebagai autofagi.

Dalam istilah Yunani, autofagi bermaksud 'Makan Dengan Sendiri atau Pemakan Diri'.


Menurut laporan lain, David Rubinsztein iaitu Timbalan Pengarah di Institut Penyelidikan Perubatan Universiti Cambridge berkata, kajian Ohsumi membantu mereka memahami bagaimana autofagi terganggu boleh menyumbang kepada penyakit termasuk penyakit berjangkit, kanser, penyakit neurodegenaratif seperti Huntington dan Parkinson.

Sebagai contohnya, jasad manusia sedang berpuasa dalam tempoh lapan hingga 10 jam, proses autofagi akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Public Health Malaysia turut berkongsi kajian itu bahawa gangguan autofagi juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan.

Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autofagi ini dapat diaktifkan.

Mungkin saintis perlu membuat kajian lebih adakah puasa ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk segala jenis virus termasuk COVID-19.

Hebat bukan, patut pun artis seperti Lisa Surihani yang mengamalkan diet IF (Intermitten Fasting) iaitu puasa lebih 18 jam nampak semakin muda, tetapi alang-alang diet IF apa salahnya terus puasa dapatlah pahala bukan?? - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested