Alam & Sains 17 Mar, 2020

SCAM COVID-19: ACI.. BUKA PINTU! JANGAN BUKA!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

JIKA rumah anda diketuk dan ada yang mengaku dari agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19, tolong jangan percaya! Itu semua karut! Dan jangan sesekali membenarkan individu berkenaan memasuki rumah anda. Hati-hati ye! : KitaReporters

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan individu yang mengaku daripada agensi untuk menjalankan imunisasi di rumah anda. - Kredit foto: Twitter Majlis Keselamatan Negara


Ini kerana kerajaan atau pihak berkuasa tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.

Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh untuk tidak membenarkan mana-mana individu untuk berbuat demikian.

MKN dalam satu kenyataan menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 yang berlaku sekarang.

"Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.

"Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi)," menurut kenyataan yang tersiar dalam akaun media sosial Twitter MKN.

Macam-macam yang berlaku hari ini dan seharusnya kita sendiri perlu peka dan lebih berhati-hati. 

Sehingga kini, masih tiada vaksin ditemui bagi mencegah wabak Covid-19, jadi program imunisasi wabak tersebut adalah palsu sepenuhnya.  

Pada Isnin, 16 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara dalam usaha kerajaan mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. - KitaReporter


8
1
0
0
0
You will be interested