Tahap dan mutu perkhidmatan kesihatan serta perubatan Malaysia terus diiktiraf oleh dunia luar. Walaupun ada pihak-pihak yang cuba memperlekeh kualiti kesihatan negara, pihak-pihak berwibawa tampil mengakui pencapaian cemerlang negara, apatah lagi ketika dunia berdepan pandemik COVID-19 ketika ini. : KitaReporters

Lagi cerita-cerita berkaitan kesihatan:
https://kitareporters.com/search?search=kesihatan
Untuk kali keempat, Malaysia terus dinobatkan dan diberi pengiktirafan pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 anjuran International Medical Travel Journal (IMTJ) baru-baru ini, dengan memenangi anugerah rebutan ramai, Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini ( ‘Health and Medical Tourism: Destination of the Year’ ).
Berita dari Kota London itu memang benar-benar membanggakan semua warganegara Malaysia yang patut turut bangga dengan kejayaan ini.

Ini memperkasakan lagi kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia (World’s Healthcare Marvel) dan mencerminkan komitmen teguh daripada organisasi berkaitan bagi memastikan kesinambungan daripada sektor Penjagaan Kesihatan Malaysia ketika pandemik COVID-19.
Tanpa siapa boleh nafikan, kejayaan ini adalah bukti betapa sektor kesihatan negara kita adalah bersifat 'world class' dan sentiasa menjadi rujukan negara-negara lain.
Untuk rekod, sektor kesihatan Malaysia telah menerima sejumlah 1.3 juta pelawat penjagaan kesihatan bagi tahun lalu.

Selain itu, beberapa institusi peneraju penjagaan kesihatan swasta Malaysia juga turut meraih kemenangan di dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa tersebut, antaranya:
1. Thompson Hospital Kota Damansara – Inisiatif Kualiti Terbaik (Best Quality Initiative),
2. Sunway Fertility Centre – Klinik Fertility Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Fertility Clinic of the Year),
3. Prince Court Medical Centre – Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Hospital of the Year),
4. Sunway Eye Centre – Klinik Mata Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Eye Clinic of the Year).

Semoga kejayaan cemerlang lagi berprestij ini akan berjaya dikekalkan dari semasa ke semasa.
Tahniah juga harus diberikan kepada semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana telah istiqomah dalam menjaga kualiti kesihatan rakyat, serta mampu meraih anugerah sehebat ini.
Pada kala kita sedang berhadapan dengan pandemik maut Covid-19, kita harus kekal patuh kepada arahan pihak KKM untuk mengamalkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) setiap masa.
Tahniah Malaysia!!! - KitaReporters
