Alam & Sains 24 May, 2021

Berita Terkini| 10k rakyat Kelantan tidak hadir janji temu terima vaksin! Ramai tunda tarikh!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


HAMPIR 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan tidak hadirkan diri untuk menerima suntikan vaksin hingga 23 Mei 2021.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata antara punca ketidakhadiran adalah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

“Ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Semua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin adalah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua. Apabila kita mendapat senarai sehari atau dua hari sebelum janji temu, kita akan menghubungi setiap individu untuk mengenal pasti sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa ditetapkan,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Isnin 24 Mei 2021.

Bagaimanapun Dr. Zaini menjelaskan bukan semua dapat dihubungi kerana terlalu ramai yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

"Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menjawab panggilan," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan, mereka yang mahu menunda tarikh atau mengubah lokasi PPV perlu menghubungi hotline MySejahtera bagi pertukaran itu.

Katanya, pihaknya akan menghubungi individu lain bagi menggantikan mereka yang tidak dapat hadir untuk pada tarikh asal janji temu sebagai langkah mengelak pembaziran bekalan vaksin. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

"Setakat ini, PPV dibuka di Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

"Sehingga Ahad, 23 Mei, lebih 340,000 individu mendaftar melalui MySejahtera tetapi angka berkenaan dilihat masih rendah," katanya. - KitaReporters

0
2
0
0
0
You will be interested