Alam & Sains 04 Feb, 2021

Akan datang ke kawasan anda! Prihatin Mart! Kedai runcit bergerak bantu penduduk luar bandar

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Penduduk Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu beratur untuk membeli barang keperluan sempena pelancaran Prihatin Mart


PROJEK printis Prihatin Mart iaitu kedai runcit bergerak yang menawarkan jualan barangan makanan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran berpotensi menjadi kedai pilihan rakyat negara ini khususnya penduduk luar bandar. 

Pelancaran kedai bergerak tersebut yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid memulakan aktiviti jualan pertamanya di Dataran Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu pada 1 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Rosol Wahid:

https://kitareporters.com/search?search=Rosol+Wahid


Rosol turut melayani pelanggan sempena pelancaran Prihatin Mart di Kuala Telemong, Hulu Terengganu.


Rosol Wahid


Prihatin Mart memuatkan 91 barangan runcit dan bernilai sehingga RM15,000 akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi mengikut jadual ditetapkan.

Menurut Rosol, inisiatif mengadakan Prihatin Mart adalah cetusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa cakna dan peka dengan kepentingan membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam mendepani kos sara hidup terutama dalam situasi ekonomi yang serba mencabar ketika ini. 

Katanya, projek tersebut yang dimulakan di Kawasan Parlimen Hulu Terengganu akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan hidup rakyat.


Seorang pelanggan (kanan) sedang berurusan dengan jurujual Prihatin Mart.


Beliau berkata, menerusi kaedah jualan diskaun 30 peratus cukup memberi nilai kepada perbelanjaan isi rumah. 

Jika di pasar raya, pasar atau kedai runcit pengguna perlu mengeluarkan belanja RM100 untuk satu plastik barangan asas dan keperluan harian, di Prihatin Mart, pengguna hanya perlu bayar serendah RM70 sahaja. Nilai penjimatan yang besar. 

“Insya-Allah, saya akan usahakan supaya jualan Prihatin Mart diadakan lebih kerap dan menyeluruh. Untuk permulaan saya mulakan di kawasan Parlimen Hulu Terengganu dengan penggiliran lokasi setiap minggu dan selepas ini kita akan perluaskan ia secara berperingkat,” katanya.


Lori kecil yang diubah suai seperti kedai digunakan untuk menjual barangan keperluan secara bergerak


Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, langkah tersebut, yang menggunakan kaedah kedai runcit bergerak, menjual barangan keperluan asas pada harga borong dengan potongan 30 peratus. 

"Saya rasakan ini adalah perkara penting kepada masyarakat terutama yang terkesan dengan wabak ini kerana diberhentikan kerja, kerja berkurangan, bekerja dari rumah dan sebagainya yang menyebabkan pendapatan mereka berkurangan,” katanya.

Katanya, Prihatin Mart menawarkan pelbagai barangan makanan asas seperti gula, beras, minyak masak dan banyak lagi pada harga patut yang lebih murah dan kompetitif ke arah menangani kos sara hidup rakyat. - KitaReporters


Orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan sempena pelancaran Prihatin Mart 

3
1
1
0
0
You will be interested