KRISIS kesihatan akibat Covid-19 di India sangat kritikal buat masa ini dan merekodkan peningkatan drastik bagi kes jangkitan harian sekali gus menjadikan jumlah kes baharu sepanjang minggu ini sebanyak 1.57 juta.
Keadaan itu
menjadikan pekerja kesihatan sangat sibuk dan tidak menang tangan ‘melayan’
pesakit di hospital.
Malah kemudahan ambulans yang disediakan juga dilihat tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggguna.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan India
Menyedari kekurangan kemudahan itu, perkhidmatan ambulans yang disediakan secara percuma dilancarkan di New Delhi oleh Ahli Parlimen Parti Aam Aadmi, Sajay Singh degan kerjasama Yayasan TYCIA.
Menerusi perkhidmatan yang disediakan, pesakit yang mengalami gejala ringan dan memerlukan sokongan oksigen boleh menghubungi auto ambulans ke hopsital.
Memetik
Indaitimes, kenderaan beca bermotor itu turut dilengkapi tong oksigen, cecair
sanitasi dan juga ‘pemandu’ ambulans yang memakai PPE.
Wah! Terbaik…
Menurut Sanjay yang melancarkan perkhidmatan berkenaan, perkhidmatan itu diberikan secara percuma kepada penduduk berikutan kemudahan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat menampung permintaan yang tinggi buat masa ini.
Perkhidmatan
itu bertujuan memastikan pesakit yang mengalami gejala ringan cepat sampai ke
hospital sebelum diberikan rawatan yang lebih serius.
Bagus ada
wakil rakyat yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat .
Semoga lebih banyak perkhidmatan sama ditawarkan memandang keadaan di India semakin kritikal dan sangat membimbangkan.
Terbaharu,
gelombang kedua Covid-19 di negara farmasi dunia itu terus tidak terkawal dan
jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 21.9 juta (setakat 8 Mei 2021).
Malah, pakar
perubatan India menyatakan situasi sebenar di India adalah lima hingga 10 kali
lebih teruk berbanding yang dilaporkan oleh kerajaan.
Sebelum ini media Metro UK melaporkan lebih ramai pesakit yang mati sehingga memaksa upacara
pembakaran mayat dilakukan secara besar-besaran dan di tepi-tepi jalan.
Dengan pusat-pusat pembakaran mayat yang telah penuh, beberapa kemudahan sementara turut dibina bagi membakar mayat ribuan mangsa virus Covid-19 yang mati setiap hari di negara itu.
Kredit foto: Metro UK
Seorang
koordinator upacara pembakaran mayat, Jitender Singh Shanty, sekiranya lebih
banyak mayat, pihaknya terpaksa bakar di atas jalan berikutan tiada lagi ruang
untuk melakukan upacara itu di pusat pembakaran.
Katanya pandemic
telah ‘menelan’ bandar New Delhi seperti seekor raksasa.
“Kami hanya
terus membakar mayat yang tiba. Bagaikan berada di tengah-tengah peperangan,”
katanya.
Dalam
sehari, kira-kira ribuan yang dibakar di sebuah kawasan di timur bandar New
Delhi.
Daripada
beberapa keping gambar, dapat dilihat asap berkepul-kepul pada waktu siang dan
malam yang datangnya dari sebuah kawasan lot parkir yang dijadikan pusat
pembakaran mayat sementara. - KitaReporters