Alam Canggih 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Ribut petir, hujan lebat, angin kencang disebabkan peralihan monsun! Hingga Mei!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Hujan lebat  dijangka akan berlaku melibatkan negeri sebelah pantai barat. - Kredit Foto Bernama.


PERUBAHAN cuaca akibat peralihan monsun di negara ini akan menyebabkan berlakunya ribut petir yang boleh membawa angin yang kencang, hujan batu atau hujan yang sangat lebat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ribut petir itu hanya berlaku pada sebelah petang dan kadangkala boleh membawa angin yang kencang, hujan air batu atau hujan yang sangat lebat.

Peralihan monsun itu berlaku melibatkan negeri di sebelah pantai Barat seperti Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Perlis.

“Kita jangkakan hujan akan berlaku dalam tempoh setengah jam hingga dua jam dan situasi itu menyebabkan keadaan yang sangat berbahaya kepada penduduk di negeri-negeri yang terlibat,” katanya di Kuala Lumpur seperti petik Kosmo pada 15 April 2021.

Minggu ini, MetMalaysia menjangkakan akan berlaku hujan lebat dalam tempoh dua tiga hari lagi pada sebelah petang.


PENGGUNA terpaksa meredah hujan lebat ketika mengunjungi bazar ramadan. - Kredit Foto Sinar Harian.


Sementara itu memetik laporan Malaysia Gazette, ribut petir dan hujan lebat yang melanda di negeri pantai Barat dan pendalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak disebabkan fenomena La Nina.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, awan ribut petir itu tidak bersaiz besar.

“Saiznya satu hingga 10 kilometer (km) daripada sel-sel ribut petir dan tingginya boleh mencapai hingga 15 kilometer (km), namun apabila terkumpul akan menghasilkan pengumpulan angin yang kuat dan menyebabkan rebut,” katanya.

Justeru itu, orang ramai diingatkan sentiasa peka dengan cuaca sekitar dan jika berlaku ribut dan petir, jangan duduk di kawasan yang terbuka dan di bawah struktur yang lemah. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Baling menangis lagi! Banjir melanda semula! Kali ketiga dalam satu bulan! Penduduk bimbang!

Penduduk Baling sekali lagi dilanda dengan ujian bencana alam apabila hujan lebat selama beberapa jam sejak lewat petang 2 Ogos 2022 akibat banjir di 4 kampung

Video| Laluan LRT Kelana Jaya dibina di bawah kubur? Siap ada animasi grafik dan Google Map sekali!

Video paparkan animasi LRT laluan Kelana Jaya yang dikatakan dibina di bawah kubur bangkitkan semula perasaan ingin tahu sehingga raih hampir 8 juta tontonan
Fitri Hazim in Alam Canggih 1 day ago

Video| King dah naik pangkat! Perodua Myvi jadi kereta peronda polis? Siaplah semua! Berdesut kejar!

Perkongsian video mengenai kereta Perodua Myvi yang dikenali sebagai King of Road kelihatan punyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus undang persoalan
Fitri Hazim in Alam Canggih 2 days ago

Jumpa nanti di Kemboja 2024! Malaysia lepasi sasaran 36 pingat emas! Sukan Para ASEAN 2022 ditutup!

Malaysia ke-4 selepas Indonesia (104-144-1070), Thailand (113-113-86), Vietnam (63-58-54) pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo dengan 36 emas, 20 perak, 14 gangsa
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago

Video| Kreatif atau kedekut? Tentu lenguh tangan penumpang sebelah! Guna tangan jadi wiper manual!

Tular video paparkan gelagat dua lelaki yang naiki kereta. Penumpang sebelah dilihat gerakkan wiper secara manual gunakan tali dibuat sendiri semasa hujan lebat
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 1 week ago