Alam & Sains 11 Apr, 2021

Berita Terkini| Bazar Aidilfitri di Lorong TAR kembali menemui pembeli ! Bermula 17 April ini

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SELEPAS beberapa tahun menyepi akhirnya Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan bermula pada 17 April hingga 12 Mei 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media yang memaklumkan seramai 208 penjaja akan mengambil bahagian untuk berniaga di Lorong TAR dari kawasan belakang bangunan Kompleks Campbell hingga ke susur keluar persimpangan Masjid India.

“Tempoh operasi bazar ini bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari sepanjang tempoh itu dan dikawal selia sepenuhnya oleh DBKL.

"Pagar akan dipasang di sepanjang jalan kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja bazar berkenaan bagi mengawal laluan keluar masuk pengunjung," katanya di Kuala Lumpur, pada Ahad 11 April 2021.



Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membenarkan lokasi bazar Aidilfitri beroperasi kembali di Lorong TAR selepas dua tahun dipindahkan ke Jalan Raja.

Dalam kenyataan sama, DBKL turut memaklumkan pelaksanaan bazar Ramadan di 65 lokasi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beroperasi pada 1 Ramadan bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

DBKL turut memaklumkan, tapak tradisi Pasar Malam Lorong TAR yang beroperasi setiap Sabtu akan beroperasi di Jalan TAR sepanjang Ramadan. - KitaReporters


3
1
1
0
2
You will be interested