Alam & Sains 22 May, 2020

Peraduan Kongsi Video Kreatif! Pasal norma baharu kehidupan!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Anda seorang penghasil konten berbentuk video? Anda seorang mojo yang selalu menerbitkan laporan video? Ada berita baik!! Anda boleh menyertai peraduan Kongsi Video Kreatif anjuran Media Prima Digital (MPD), yang mana syarat kandungan iaitu penerapan nilai-nilai norma baharu kehidupan merupakan antara ciri penting perlu dimuatkan dalam setiap video yang dihasilkan. : KitaReporters

Poster mengenai peraduan Kongsi Video Kreatif anjuran Media Prima Digital (MPD) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN). - Kredit foto: Jabatan Perpaduan dan Intergresi Nasional Selangor.  



Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dan ingin turut serta perlu menerapkan nilai norma baharu seperti penjarakan sosial, mematuhi SOP, sanitasi dalam kehidupan harian termasuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan sanitizer atau sabun, serta memakai mask penutup mulut dan hidung dalam video yang akan dihasilkan.

Ciri-ciri yang terdapat dalam norma baharu kehidupan harian termasuk elemen penjarakan sosial dan mengamaikan penjagaan kesihatan dengan membasuh tangan selalu adalah isi kandungan perlu dimuatkan dalam video yang menyertai peraduan Kongsi Video Kreatif. - Kredit foto Bernama. 


Juga dalam penghasilan video berkenaan perlu memasukkan elemen perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dengan memelihara cara hidup yang muafakat, toleransi dan unsur bersatu padu.

Kementerian Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (KPNIN) merupakan antara pihak yang terlibat bekerjasama menjayakan penganjuran peraduan yang bermula sejak Jumaat, 15 Mei hingga 15 Jun 2020, di samping Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Video kreatif yang ingin tersenarai menyertai peraduan tersebut mestilah berdurasi 30 saat

Setiap penyertaan berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM5,000 dan 30 hadiah saguhati, semuanya dalam bentuk Sijil Simpanan Prenium (SSPi).

Sikap toleransi antara berbagai kaum, unsur muafakat dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat perlu diterapkan pada video bagi peraduan Kongsi Video Kreatif yang bertemakan #PerpaduanKita2020. - kredit foto: FB KKM.


Selain itu konsep gaya susunan video kreatif ini kandungan, kualiti dan tatabahasa digunakan diambil kira untuk tujuan penilaian.

Video yang mempunyai jumlah sukaan (likes) dan perkongsian (shares) terbanyak juga akan dijadikan asas penilaian bagi peraduan tersebut.

Antara syarat dikenakan setiap video dihasilkan mestilah idea asal peserta dan kandungannya tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti kaum, agama dan politik.

Imej yang mengandungi elemen seksual, keganasan melampau atau sebarang kelakuan berunsur provokasi dilarang sama sekali.

Penghasilan video yang mempunyai ciri-ciri seperti yang ditunjukkan dalam poster keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menyertai peraduan Kongsi Video Kreatif ini. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia.


Menurut media sosial berkenaan juga, semua video yang menyertai peraduan tersebut akan menjadi hak milik KPNIN dan boleh digunakan bagi tujuan promosi.

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan Kongsi Video Kreatif ini boleh dikemukakan melalui laman sosial Facebook kementerian berkenaan. - KitaReporters

Video yang memaparkan elemen pengamalan norma baharu seperti penjarakan sosial sesuai untuk sertai peraduan Kongsi Video Kreatif. - Kredit foto: KRT Seksyen 7 Lestari Perdana.

3
1
0
0
0
You will be interested