Alam & Sains 09 Jun, 2021

Berita Terkini| Bomba Kelantan urus 262 jenazah pesakit Covid-19! Sejak PKP 1.0! Paling banyak!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Anggota bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian baru-baru ini. - Kredit foto: Utusan Malaysia.


SEBANYAK 262 kes telah dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Kelantan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 lalu sehingga Selasa, 8 Jun 2021.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata, Kelantan mencatatkan jumlah pengendalian yang paling tinggi berbanding di negeri-negeri lain.

"Urusan pengebumian dikendalikan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) JBPM Kelantan dan jumlah tersebut meningkat mendadak susulan kes Covid-19 secara harian termasuklah kes kematian yang tinggi dicatatkan dalam negara ketika ini.

"Sehingga kini, paling maksimum adalah 10 kes sehari dan paling sedikit antara tiga ke empat kes sehari," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Rabu, 9 Jun 2021.

Zainal berkata, tanggungjawab mengendalikan jenazah Covid-19 ini memberi satu kelainan kepada JBPM selain menanamkan keinsafan mewakili waris-waris yang memberi harapan besar kepada mereka untuk melaksanakannya sebaik mungkin.

Katanya, atas rasa keprihatinan itu juga menguatkan semangat mereka untuk melaksanakan tugas diamanahkan dengan baik walaupun berdepan pelbagai risiko yang menanti. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

0
0
1
0
0
You will be interested