Alam & Sains 05 Oct, 2020

Selangor: Bekalan air terputus lagi! Tahan segera penjenayah

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
ISU pencemaran air mentah yang menjadi bekalan kepada Loji Rawatan Air (LRA) di negara ini sering berlaku sejak kebelakangan terutama di Negeri Selangor. Ia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mementingkan kepentingan diri tanpa memikirkan kesusahan ramai pengguna lain. : KitaReporters

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di daerah Sepang,Selangor terpaksa dihentikan sementara operasinya berikutan pencemaran air mentah yang berlaku di Sungai Semenyih. - Kredit Foto : TV Selangor.

Lagi cerita-cerita berkaitan bekalan air:

https://kitareporters.com/search?search=bekalan+air


Golongan yang boleh disifatkan sebagai ' penjenayah' atau 'kanser' masyarakat ini sanggup melakukan perbuatan tidak berperikemanusian semata-mata untuk kemudahan diri dengan membuang bahan sisa buangan ke dalam sungai yang menjadi sumber bekalan air untuk LRA memproses dijadikan air bersih dan terawat bagi kegunaan penduduk. 

Sewajarnya mereka ini segera dikenal pasti dan pantas diberkas agar menjadi contoh!!

Disebabkan kerja jenayah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga berlakunya pencemaran air mentah di Sungai Semenyih itu, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terpaksa menghenti tugas buat sementara LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada Ahad 4 Oktober 2020.

Kredit foto: FB @airselangor



Sungai Semenyih di Daerah Sepang merupakan sumber bekalan air mentah bagi kedua-dua LRA berkenaan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd melalui Ketua Komunikasi Koporatnya, Elina Baseri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terpaksa bertindak menutup sementara operasi LRA di Sungai Semenyih kerana sumber air mentahnya tercemar.

Berikutan penutupan sementara operasi kedua-dua LRA berkenaan menyebabkan 274 kawasan yang melibatkan empat wilayah iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terjejas bekalan air bersih.
Menurutnya, sejumlah 309,687 akaun pengguna terlibat dengan masalah yang berlaku dan masih dalam siasatan mengalami gangguan bekalan air.

Amiruddin Shari melihat contoh air yang tercemar semasa membuat tinjauan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sambil diperhatian oleh Tun Ibrahim Tuan Man (kiri) . - Kredit Foto: Media Selangor.

"Para pengguna terlibat akan mengalami gangguan bekalan air tanpa jadual sepanjang tempoh pemberhentian tugas sementara kedua-dua LRA terlibat dan masih belum pasti bila akan berakhir," ujarnya.
Pihak Air Selangor telah melaporkan kejadian yang berlaku kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut secepat mungkin. Juga tindakan mengenal pasti punca pencemaran air Sungai Semenyih di samping pemeriksaan di anak-anak sungai berhampiran.
Berikutan insiden yang berlaku, Air Selangor juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dalam usaha mengiatkan bantuan bekalan air bersih kepada para pengguna terjejas ekoran kejadian yang berlaku.

Tuan Ibrahim Tuan Man (tiga daripada kanan) dan Amiruddin Shari (empat daripada kanan) diberi penerangan oleh salah seorang pegawai Air Selangor semasa kedua-duanya melawat ke LRA Sungai Semenyih. - Kredit Foto: Media Selangor

"Buat masa ini kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa bila kedua-dua LRA terlibat akan beroperasi semula dan pemulihan bekalan air bersih terawat yang terjejas," kata Elina.

Bagaimanapun, pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan semasa berikutan insiden tersebut melalui semua medium terutama media massa. Bagi tujuan ini orang ramai boleh merujuk melalui Aplikasi Air Selangor pada semua saluran rasmi media sosial agensi berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amiruddin Shari bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melawat LRA Sungai Semenyih dan meninjau keadaan pencemaran yang berlaku pada lewat petang Ahad 4 Oktober 2020.
Katanya, berdasarkan taklimat dan siasatan awal yang dijalankan, punca pencemaran Sungai Semenyih datang dari kawasan perindustrian di Negeri Sembilan.
Menurutnya, usaha gigih sedang dijalankan pihak LUAS dan Air Selangor bagi aktiviti pembersihan sumber air daripada tercemar dan memulihkan bekalan air terawat secepat mungkin. - KitaReporters

Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Amiruddin Shari melihat keadaan air  di LRA Sungai Semenyih semasa tinjuan ke loji berkenaan berikutan pencemaran air Sungai Semenyih yang berpunca daripada kawasan perindustrian di Negeri Sembilan. - Kredit Foto: Media Selangor.

1
0
0
0
0
You will be interested