Alam & Sains 30 May, 2021

Berita Terkini| Terpaksa buat pilihan sukar! Katil ICU: Pesakit berpotensi sembuh diutamakan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KAKITANGAN hospital bertungkus-lumur memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. - Kredit foto: Astro Awani.


PASUKAN perubatan kini terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang berpotensi sembuh lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu terpaksa diambil susulan situasi Covid-19 di Malaysia mencapai tahap kritikal.

“Apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kesihatan untuk merawat, doktor terpaksa membuat pilihan sukar.

"Ini adalah implikasi yang tidak diingini setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum. Bantulah kami supaya sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali. ," katanya menerusi Facebook rasminya, pada Ahad, 30 Mei 2021.

Tegas beliau, semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.

Semalam, Sabtu, 29 Mei 2021 juga mencatatkan satu detik hitam buat negara apabila mencatatkan kes kematian harian Covid-19 sebanyak 98 kematian, yang tertinggi sejak pandemik itu bermula. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested