Alam & Sains 13 Jul, 2021

Video| Sempat laung azan, beristighfar! Azmi berjaya lepaskan gigitan pak belang pada kakinya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

AZMI yang terselamat daripada serangan harimau kini dirawat di Pukesmas Kuala Kampar, Kabupaten Palalawan, Riau pada 11 julai 2921. - Kredit foto: Tribunnews.com


LAUNGAN azan serta istighfar telah menyelamatkan seorang petani daripada serangan harimau di Desa Serapung Kacamatan Kuala Kampar, Kabupaten Palalawan, Riau, Indonesia pada Sabtu 10 Julai 2021 lalu. 

Dalam kejadian tersebut pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu Indonesia Barat (WIB), petani terbabit, Azmi, 30, bersama seorang rakannya mencari dan memotong kayu di hutan Sungai Belat dan tiba-tiba mesin gergaji mereka rosak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harimau

Azmi terlantar dirawat di Pukesmas Kuala Kampar. - Kredit foto: Tribunnews.com


Ketika mereka sedang membetulkan mesin gergaji itu mereka ternampak seekor harimau yang garang muncul dari kawasan semak sebelum haiwan itu menerkam ke arah Azmi serta mengigit kakinya.

Tribunnews.com pada 11 Julai 2021 dipetik berkata, tidak ada apa-apa senjata yang digunakan oleh pemuda itu untuk menyelamatkan dirinya daripada gigitan pak belang itu kecuali Azmi mengambil sebatang kayu yang berada di sisinya.

Sambil memegang kayu itu, Azmi dengan sekuat hatinya melaungkan azan serta beristighfar dan haiwan itu sebaik sahaja mendengar suara azan lalu ia melepaskan gigitannya pada kaki Azmi kemudian pak belang pun beredar dari situ.



Sebelum itu, Azmi beristighfar beberapa kali sambil menendang dengan sebelah kakinya pada haiwan tersebut tetapi pak belang itu tetap tidak berganjak untuk melepaskan kaki pemuda itu.

Berikutan dengan kejadian itu, kaki kiri serta betis Azmi luka akibat gigitan dan cakaran haiwan liar itu. 

``Syukur saya kepada Allah kerana nyawa saya terselamat daripada serangan harimau yang ganas itu melainkan kaki saya mendapat luka parah.

``Sewaktu harimau itu mengigit kaki saya, saya hanya fikir diri saya akan mati tetapi mujurlah hati saya tergerak untuk azan serta istighfar beberapa kali dan itulah salah satu ikhtiar saya untuk menyelamatkan diri daripada serangan haiwan  itu,’’ kata Azmi.


 

SEEKOR harimau yang membawa mangsa seekor ayam yang ditangkap di Desa Teluk Lanus Kacamatan Sungai Apit, Siak beberapa bulan lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com


Azmi serta rakannya mencari kayu di hutan sekitar kawasan Kuala Kampar, Palalawan, Teluk Lanus Sungai Apit Kabupaten Siak.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) Kuala Kampar, Yan Beni Ayula S. Kep berkata mangsa telah dibawa untuk rawatan awal oleh ahli keluarganya dari Desa Serapung. 

Menurutnya, luka parah pada kaki Azmi itu telah dijahit dengan berbelas-belas jahitan dan keadaannya dilaporkan stabil. - KitaReporters


45
31
62
20
15
You will be interested