Canggih 19 Nov, 2020

Tempoh PKPB! Penduduk Terengganu harap ditamat lebih awal!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

PENDUDUK Terengganu sedang menunggu dengan penuh minat keputusan Kerajaan Pusat memendekkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh negeri itu sejak 9 November 2020 berikutan penularan pandami COVID-19. Mereka mengharapkan mentari harapan yang lebih awal bagi negeri ini. : KitaReporters


Menteri Besar Terengganu mahu PKPB ditamatkan lebih awal


Lagi kisah-kisah berkaitan PKPB:

https://kitareporters.com/search?search=pkpb


Mereka menaruh harapan susulan perjumpaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri bagi memohon pelaksanaan PKPB di negeri itu ditamatkan lebih awal.

Kerajaan Pusat mengarahkan pelaksanaan PKPB di Terengganu bermula 9 November dan sehingga pada 6 Disember 2020.

Berdasarkan data terakhir itu, Ahmad Samsuri telah bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad 15 November 2020 dan mengemukakan fakta berkaitan kawalan COVID-19 di Terengganu, memohon supaya PKPB di Terengganu dapat ditamatkan. 


Kenyataan Media Menteri Besar Terengganu


Ahmad Samsuri berkata, langkah pencegahan yang dilaksanakan bermula pada 9 November 2020 itu sangat memberi kesan kepada rakyat.

“Sebaik sahaja diumumkan PKPB di seluruh Negeri Terengganu, saya telah mengambil langkah mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Keselamatan Negeri Terengganu bersama agensi-agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 November 2020.



Katanya, bagi memastikan penularan dapat dikawal sebaik mungkin, beliau bersama rakan-rakan pentadbiran dan Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia dan agensi-agensi lain telah bekerja keras mencari jalan untuk mengumpul maklumat terkini supaya PKPB di Terengganu dapat ditamatkan.

“Terima kasih kepada beliau yang sangat prihatin untuk mempertimbangkan hal ini dengan membawa dalam mesyuarat di Putrajaya,” katanya.

Bukan itu sahaja, katanya, Ahmad Samsuri memaklumkan, usaha itu tidak terhenti setakat itu apabila beliau sekali lagi mengutarakan kedudukan terkini COVID-19 di Terengganu. 


Status COVID-19 di Terengganu pada 19 November 2020


“Saya juga memberi alasan kenapa PKPB dapat ditamatkan lebih awal daripada jadual asal dalam Mesyuarat MKN secara dalam talian yang dipengerusikan Perdana Menteri dari pejabat beliau,” pada 18 November 2020.

Katanya, beliau juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada pimpinan UMNO Terengganu yang bertemu dengan Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyuarakan perkara yang sama. Ini antara contoh kerjasama yang harus terus berlaku untuk kepentingan bersama.


Status COVID-19 mengikut Mukim di Terengganu pada 19 November 2020


Dalam perkembangan lain, berhubung COVID-19 di Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah merekodkan pertambahan 4 kes sembuh dan tiada kes baru Covid-19 menjadikan terdapat 8 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 230 kes sehingga 18 November 2020. - KitaReporters

You will be interested

Aplikasi i-Sinar palsu! KWSP gesa pencarum tak mudah percaya

Menurut KWSP, aplikasi palsu i-Sinar untuk curi data peribadi orang ramai. KWSP tak pernah lantik pihak ketiga untuk uruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli

Remaja maut disambar petir! Ralik main telefon sedang dicaj!

Remaja M Wahid meninggal dunia akibat terkena panahan petir semasa main permainan telefon dalam talian ketika telefon yang sedang dicaj di sebuah warung di Jawa
Zuhayati Yazid in Canggih 17 hours ago

Video| Samalah! Lukisan wajah si pemakai pada pelitup muka!

Seorang lelaki Brazil, Jorge Roriz, 65, gunakan kebolehan diri sebagai pereka kostum untuk hasilkan pelitup muka yang menyerupai ciri fizikal wajah si pemakai
Zuhayati Yazid in Canggih 1 day ago

Gadis habiskan 234 jam untuk tatu tubuhnya! Termasuk anunya!

Julia Nuno habiskan masa selama 234 jam untuk penuhkan seluruh badannya dengan tatu. Pada Oktober 2020, dua beranikan diri melukis tatu pada kemaluannya sendiri
Sarfarizmal Saad in Canggih 1 day ago

Simba, si kucing yang berani! Halau gajah rosakkan tanaman!

Simba, seekor kucing, bertindak berani halau seekor gajah yang rosakkan tanaman yang ditanam oleh pemilik kucing itu di sebuah kampung di Nakhon Nayok, Thailand
Adnan Mohamad in Canggih 2 days ago