Alam & Sains 07 May, 2021

Berita Terkini| 6k belia bantu jayakan PICK! Beri penjelasan! Turun padang bantu pelaksanaan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GOLONGAN belia akan menjadi medium kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai PICK. - Kredit foto: Kosmo


SERAMAI 6,000 belia digerakkan bagi membantu menjayakan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terutama di negeri dan kawasan yang mempunyai peratusan pendaftaran vaksinasi yang rendah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kumpulan berkenaan akan menjadi medium kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai PICK.

“Mereka akan turun padang dan menguruskan hal pentadbiran berkaitan vaksinasi iaitu pendaftaran, semakan nama termasuk membawa masyarakat ke pusat vaksinasi.

“Mereka yang terlibat telah dilatih dan diberi penerangan supaya mereka dapat menjelaskan sebaik mungkin kepada masyarakat mengenai PICK,” katanya di Kota Bharu seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Jumaat, 7 Mei 2021.

Kumpulan belia tersebut akan turun ke kawasan kampung untuk membantu golongan warga emas yang tidak tahu cara mendaftar, termasuk memberi pendedahan mengenai PICK.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, masih ramai lagi yang kurang jelas mengenai pelaksanaan PICK selain wujud pelbagai persepsi negatif yang memberi kesan kepada mereka untuk memberi kerjasama.

“Petugas kesihatan pula mempunyai urusan di hospital. Oleh sebab itu sukarelawan diperlukan dan kita akan tambah jumlah tersebut dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

BUAT Masa ini masih ramai kurang jelas mengenai pelaksaan PICK selain wujud pelbagai persepsi negatif. -gambar hiasan 

0
0
0
0
0
You will be interested