Alam & Sains 24 Jun, 2022

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu


SEKOR gajah bernama Mek Suria dan kerangka ikan yu paus sepanjang 18.0 meter menjadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2022 yang sedang berlangsung di Dataran Pekan Jabi, Setiu, Terengganu. 

Pengunjung yang membawa ahli keluarga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kehadiran gajah yang didatangkan khas dari Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), Hulu Terengganu.

Malah, pengunjung turut teruja apabila dapat melihat kerangka yu paus yang dianggap paling besar pernah ditemui di negara ini. Ikan yu paus atau nama saintifik “Balaenoptera borealis” ini ditemui terdampar pada 15 Mac 2005 di Pulau Carey, Banting, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sektor pertanian

Kerangka ikan yu paus dipamerkan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022


Sambutan yang bermula pada 23 Jun 2022 dan berakhir pada 25 Jun 2022 memberi peluang kepada penduduk negeri itu menyaksikan secara lebih dekat pelbagai aktiviti berasaskan sektor pertanian, penternak dan nelayan. 

Menerusi gerai pameran yang disertai pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta swasta program tersebut adalah untuk menghargai titik peluh dan penat lelah yang telah dilalui para peladang, penternak dan juga nelayan yang merupakan antara pengeluar sumber makanan kepada kita semua.


Gajah bernama Mek Suria sedang diberi makan oleh pengunjung


Sempena sambutan tersebut pelbagai anuegarah turut diberikan kepada individu, kumpulan dan jabatan yang menunjukkan kecemerlangan masing-masing dalam pembangunan sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah merasmikan sambutan tersebut. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.



Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan mengagihkan peruntukan berganda kepada sektor pertanian di negeri itu yang akan diumumkan pada Bajet 2023 akan datang

Katanya, "kerajaan masih dalam perkiraan, sebenarnya kita belajar banyak perkara selepas kita keluar daripada pandemik kepada fasa endemik.

"Oleh kerana itu kita sudah memberi komitmen bersama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, bagi bajet 2023 ini untuk tingkatkan peruntukan kepada sektor pertanian dan penternakan berbanding tahun sebelumnya.

“Perkara itu untuk menjamin kesejahteraan sosioekonomi golongan sasar serta memperkukuhkan sekuriti makanan negara di sepanjang rantaian nilai demi kesejahteraan Keluarga Malaysia dan pertumbuhan sektor agromakanan negara,” katanya. - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri menyampaikan replika cek kepada Hasmadi Hassan penerima Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya

 

 

13
12
3
17
2
You will be interested