Alam & Sains 10 Dec, 2020

Hati-hati orang Pahang! Kluster Genting, 3 lokasi kini PKPD!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

NEGERI Pahang yang pada mulanya tidak merekodkan kes aktif pandemik COVID-19, cuma mampu bertahan hampir sebulan apabila wabak halimunan itu mula menyusup masuk semula menyaksikan daerah Bentong mencatat angka paling tinggi, iaitu 119 kes baharu pada 9 Disember 2020.  : KitaReporters 


Kredit foto: FB Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


Lagi cerita-cerita berkaitan Pahang:

https://kitareporters.com/search?search=pahang


Bermula sebanyak dua kes pada 30 November 2020 lalu, iaitu masing-masing satu kes di daerah Bentong dan Kuantan, kini kes baharu begitu cepat meningkat dalam tempoh seminggu sahaja di Bentong susulan daripada Kluster Jalan Genting sehingga membimbangkan semua pihak.

Pada 9 Disember 2020, Bentong merekodkan 119 kes baharu dengan 118 kes daripada Kluster Genting dan satu kes hasil saringan Orang Kena Tahan (OKT).  Jumlah kes di bawah Kluster Genting sehingga ini, iaitu berjumlah 164 orang.


Kredit foto: Kerajaan Negeri Pahang


Berikutan dengan peningkatan kes baharu di Bentong, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga buah lokasi di Genting Highlands, iaitu Rumah Kongsi Kampung Semaut, Apartmen Amber Court dan Apartmen Ria bermula 10 Disember hingga 23 Disember 2020. 



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Disember 2020 mendengar pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes di lokaliti berkenaan.

"KKM sudah menjalankan saringan bermula 6 Disember 2020 dan sehingga 8 Disember 2020, sebanyak 55 kes positif Covid-19 direkodkan di daerah Bentong di mana majoriti adalah membabitkan pekerja warga asing di lokaliti ini.

"Penilaian risiko KKM mendapati ketiga-tiga lokaliti ini mempunyai risiko tinggi untuk berlaku penularan lebih ramai kerana kapasiti penduduk yang padat seramai 4,351 orang," katanya di sidang media pada 9 Disember 2020. 


Kredit foto: MAJLIS PERBANDARAN BENTONG


Sementara itu, Majlis Perbandaran Bentong (MPB) menerusi laman sosial Facebook telah mengeluarkan arahan penutupan premis selama tiga hari bermula 6 hingga 7 Disember 2020 untuk melakukan sanitasi nyahkuman, sekali gus mengekang wabak pandemik COVID-19. 

Menurut kenyataan tersebut, lebih 50 premis di daerah itu ditutup sementara sebagai langkah pencegahan dalam membanteras penularan wabak Covid-19.

"Notis kepada premis telah dikeluarkan dan seperti yang telah disenaraikan akan ditutup mulai 6 Disember 2020 sehingga 8 Disember 2020 untuk kerja-kerja nyahkuman," katanya kenyataan tersebut pada 6 Disember 2020.  


Operasi nyahkuman (sanitasi) yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di premis bandar Bentong pada 6 Disember 2020. - Kredit foto: Penduduk tempatan 


Kredit foto: Kerajaan Negeri Pahang


Dalam perkembangan yang sama, menerusi laman sosial Facebook Kerajaan Negeri Pahang, kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Sallehuddin Ishak dipetik sebagai berkata, pemasangan kawad besi telah dilakukan di tiga lokasi di Genting Highlands, iaitu Rumah Kongsi Kampung Semaut, Apartmen Amber Court dan Apartmen Ria penempatan warganegara asing berkenaan. 

"Penduduk di kawasan sekitar dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana kes tersebut berlaku di kawasan ini membabitkan penempatan buruh asing dan jangkitan dalam kalangan mereka sahaja tidak melibatkan orang luar.

"Pemasangan kawad besi adalah untuk mengelakkan mereka keluar daripada kawasan supaya jangan masuk ke kawasan penduduk tempatan," katanya menerusi laman sosial Kerajaan Negeri Pahang. 


Pemasangan kawad besi berhampiran apartmen yang di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan langkah keselamatan. - Kredit foto: FB PahangStory


DR AHMAD SHUKRI ISMAIL


Dalam pada itu, Presiden Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, kebenaran rentas sempadan antara negeri kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan jangkitan wabak COVID-19 termasuk kes aktif punca warganegara asing ke negeri Pahang.

"Kita perlu akur bahawa kelonggaran ini antara lain tujuan kerajaan dan MKN untuk memberi tumpuan semula pembangunan sektor ekonomi seperti pelancongan, pertanian, keselesan penduduk bekerja dan sebagainya.

"Apapun penduduk wajar mematuhi amalan norma baharu serta arahan prosedur operasi standard (SOP), penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan etika kebersihan yang cukup 'berkesan' selama ini untuk mengelakkan jangkitan virus tersebut," katanya ketika dihubungi penulis di Kuantan pada 9 Disember 2020. 

Tambahnya, KKM dan Jabatan Kesihatan negeri sudah mengambil tindakan sewajarnya, manakala penduduk perlulah berwaspada serta menjaga kesihatan kendiri di samping secara sukarela melakukan ujian swab atau pemeriksaan 'polymerase chain reaction' (PCR). - KitaReporters 


Petugas-petugas berpakaian lengkap PPE dilihat di lokasi apartmen yang diletakkan di bawah PKPD bermula 10 Disember 2020. - Kredit foto: FB Pahang Story

0
0
0
0
0
You will be interested