Alam & Sains 18 Mar, 2020

COVID-19 ADA, AIR PULAK TAK DE! APALAH NASIB??

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
ALAMAK air tak ada lagi di Selangor dan Kuala Lumpur… jomlah tadah air!! Keadaan tersebut berlaku berikutan operasi empat loji rawatan air (LRA) di Selangor terpaksa dihentikan akibat pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor. : KitaReporters

SEBANYAK tujuh kawasan yang terlibat menyebabkan gangguan bekalan air. 


Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, setakat 8 malam tadi, bacaan pencemaran bau di tahap 2 ton, sekali gus menyebabkan LRA Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Keadaan berkenaan menyebabkan berlaku gangguan bekalan air dijangka berlaku di 7 kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada Lembaga Urus Air Selangor untuk tindakan lanjut.

“Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor, termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan air secara berhemat.

Dalam masa sama, pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Pada 21 Disember 2019, LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih disebabkan oleh pihak yang membuang sisa buangan haram dengan bau pelarut di lurang pembetungan sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd. - KitaReporter

ORANG Ramai dinasihatkan menggunakan air secara berhemah dalam tempoh ini. - Kredit foto: Free Malaysia Today.

0
0
5
2
1
You will be interested