Alam & Sains 04 Dec, 2020

Banjir di Terengganu! Hati-hati! Hujan dijangka berterusan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SERAMAI 2,359 mangsa banjir daripada 647 keluarga di 10 daerah di Terengganu telah dipindahkan di 68 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak pukul 12 tengah hari, Jumaat 4 Disember 2020. Bagaimanapun, angka tersebut berkurangan selepas 8 malam, kepada hanya 1,606 orang daripada 409 keluarga di 47 PPS. : KitaReporters 


Pemandangan keadaan banjir di Kampung Nyatuh, Setiu, Terengganu pada 5 petang, 4 November 2020. - Kredit foto: Al-Channel




Lagi laporan-laporan berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Daerah Marang mencatat jumlah mangsa banjir yang tertinggi dengan jumlah ialah 530 mangsa daripada 139 keluarga ditempatkan di 8 PPS kemudian diikuti Besut membabitkan 326 mangsa daripada 88 keluarga di 10 PPS. 

Setiu pula mencatat jumlah 279 orang daripada 59 keluarga di 10 PPS, Dungun melibatkan 169 mangsa daripada 42 keluarga di 8 PPS dan 111 mangsa banjir daripada 30 keluarga diletakkan 5 PPS di Kuala Nerus.



Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) Terengganu yang dikeluarkan pada sebelah tengah hari 4 Disember 2020:  ``Jumlah mangsa banjir di daerah terbabit dijangka bertambah lewat petang ini kerana keadaan cuaca masih mendung dan buruk. 

``Oleh itu, orang ramai yang tinggal di kawasan di daerah tersebut yang sering dilanda banjir dinasihatkan supaya berhati-hati serta bersiap sedia untuk berpindah kemungkinan banjir lebih besar lagi berlaku  malam ini berikutan air laut pasang,’’ ujarnya. 



Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu memberitahu setakat pukul 10 pagi, Jumaat 4 Disember 2020 sebanyak empat batang jalan raya di negeri itu tidak boleh dilalui semua kenderaan

Jalan tersebut ialah Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bahru bertempat di lokasi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntung, Kuala Nerus dan jalan alternatifnya ialah Jeram dan Pulau Sekati. 

Jalan Air Terjun Chemerung, Dungun juga ditutup semua kenderaan dan Jalan Kampung Buluh, Kuala Por, Dusun dan Kuala Pueh di Hulu Terengganu tidak boleh dilalui semua kenderaan dan jalan alternatifnya Jalan Gaung, Kuala Pueh dan Jenagor. 

Manakala Jalan Tepuh ke Wakaf Mesira di Kuala Nerus masih dibuka untuk semua kenderaan kecuali kenderaan ringan sahaja. 


BAZLAN Abd Rahman melawat mangsa banjir di PPS Wakaf Catur, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu malam tadi, 3 Disember 2020.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman telah turun melawat mangsa-mangsa banjir di dua PPS dalam kawasan itu pada kira-kira pukul 9 malam, Khamis 3 Disember 2020. 

Dua tempat tersebut ialah PPS Padang Kemunting, Kuala Nerus dan PPS Wakaf Catur, Kuala Nerus. - KitaReporters 


BAZLAN Abd. Rahman (kiri) bertemu dengan mangsa banjir di PPS Padang Kemunting, Kuala Nerus, Terengganu lewat malam, 3 Disember 2020. 

1
0
3
0
0
You will be interested