Alam Canggih 01 May, 2021

Berita Terkini| Lelaki obes positif Covid-19 meninggal! Anggota bomba diminta bantu urus jenazah

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

LELAKI berusia 29 tahun yang positif Covid-19 dan mempunyai berat badan 260 kilogram disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.


PASUKAN bomba terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam bagi menurunkan jenazah seorang lelaki yang obes (kegemukan) ketika proses pengebumiannya dilakukan pada awal pagi Sabtu, 1 Mei 2021, Tumpat di Kelantan.

Lelaki berusia 29 tahun itu, yang positif Covid-19 dan mempunyai berat badan 260 kilogram, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, pada Jumaat, 20 April 2021.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang meminta bantuan menguruskan pengebumian jenazah terbabit.

"Lebih 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu termasuk 12 daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Kota Bharu bergegas ke Unit Forensik HRPZ II. 

"Kira-kira jam 1.30 pagi, jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Mandol untuk proses pengebumian,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 1 Mei 2021.

Raja Arisan menjelaskan seperti pengurusan jenazah penghidap obesiti sebelum ini, anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk menurunkan jenazah dan proses pengebumian selesai pada jam 2.30 pagi, Jumaat.

Sehingga kini, beliau menjelaskan sebanyak tujuh jenazah mangsa Covid-19 diuruskan di daerah itu untuk tahun ini.

Katanya, tugasan itu termasuk dalam skop tugas khas dan jika tidak membabitkan mangsa obesiti, anggotanya hanya bersedia di tanah perkuburan untuk proses pengebumian.

"Dari segi keselamatan, selain menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE), kenderaan digunakan juga akan disanitasi sebelum dan selepas digunakan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
4
3
0
1
You will be interested

Gardenia kongsi petua! Tip penjagaan diri, membentuk tabiat baik! Kehidupan dalam norma baharu!

Penjagaan diri hendaklah dijadikan amalan biasa sebagaimana kita makan atau bernafas. Maka. penjagaan diri untuk kehidupan pascapandemik: Di mana untuk bermula?

News Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Video| Ni baru kayangan! Tandas cantik, bersih, rekaan moden! Stesen minyak Melor KB jadi tular!

Tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor dekat Kota Bharu sangat luar biasa kerana ia bersih serta dihias cantik dan moden sesuai dinamakan Tandas Kayangan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago

Varian Omicron: WHO ramal lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti! Dos penggalak tak halang sebaran?

WHO anggarkan lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron menjelang Mac 2022. Dos penggalak diteruskan kerana Eropah akan jadi tumpuan penyebaran wabak
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 1 week ago

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar
Nur Sabrina Samsudin in Alam Canggih 1 week ago

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan menyaksikan ratusan PPS di Pahang dibuka untuk tempatkan mangsa bencana, kini semua PPS itu sudah pun ditutup
Ainal Marhaton Abd Ghani in Alam Canggih 1 week ago