Alam & Sains 27 Apr, 2021

Berita Terkini| Jumlah kompaun perlu ikut garis panduan! Kompaun maksimum RM10k - Takiyuddin!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

TINDAKAN mengenakan kompaun di bawah Akta 342 adalah bertujuan untuk pencegahan dan memberi pengajaran. - Kredit foto: themalaysiareserve.com



SETIAP kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu dilaksana mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta 342 untuk dijadikan panduan kepada pihak penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000," katanya dalam kenyataan media di Putrajaya, pada Selasa 27 April 2021.

Pesalah pula tegas beliau diberikan kadar pengurangan sebanyak 50 peratus sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari.

"Pengurangan akan diberikan sehingga 25 peratus sekiranya ia dibayar dalam tempoh 14 hari," katanya.

Beliau berkata, segala tindakan mengenakan kompaun di bawah Akta 342 adalah bertujuan untuk pencegahan dan memberi pengajaran dan bagi memastikan semua pihak termasuk peniaga bersama-sama bertanggungjawab dalam memerangi pandemik Covid-19 yang masih kritikal di dalam komuniti.

Pada Isnin, 26 April 2021 tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji di Kelantan didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam pihak polis dengan menyifatkan tindakan mengeluarkan kompaun tersebut sebagai zalim tanpa menggunakan budi bicara.

Kelantan kini dikenakan PKP sehingga 29 April 2021 depan, berikutan kes Covid-19 yang melonjak naik dan kekal sebagai tiga negeri paling tinggi kes jangkitan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Tular kisah seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal yang menjalankan perniagaan burger di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, jalan Panji di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000. - Kredit foto: Facebook

0
1
1
0
1
You will be interested