PADA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya ramai orang yang akan menjadi malas tulang untuk melakukan pelbagai acara berfaedah seperti memasak, berkemas, membeli barang dan hanya mengambil peluang untuk beristrirehat bersama keluarga di rumah. Namun, keadaan itu pula membuka peluang kepada mereka yang ringan tulang pula. : KitaReporters
Sudah tentunya PKP ini menjadi 'lubuk' wang kepada sesiapa sahaja yang berfikiran krearif dan bersungguh-sungguh menjana pendapatan sampingan, tatkala arahan berkurung telah diwartakan.
Menjadi Penghantar Makanan pada ketika ini sangat diperlukan oleh mana-mana kedai yang memberikan perkhidmatan saji makanan dan minuman ke serata tempat luar dan dalam bandar dengan bersyarat.
Tidak kurang juga agensi yang menawarkan perkhidmatan membeli barangan dapur, dihantarkan ke rumah-rumah dengan upah dan kos yang dikenakan caj sekitar RM20 hingga RM50 berpandukan jarak lokasi barang dihantar.
Pegawai Perhubungan MyCar, Nur Amira Ahmad memberitahu MyCar telah melancarkan tambahan perkhidmatan di dalam aplikasinya e-hailing yang dikenali sebagai 'SuperHelper MyCar' di mana sebelum ini ianya sudah sinonim dengan perkhidmatan berupa pengangkutan e-hailing.
Inisiatif yang diperkenalkan itu bagi memudahkan pengguna untuk membeli barangan keperluan tanpa menjejaskan arahan #dudukrumah dan #StayatHome kerajaan.
Kelebihan utama 'SuperHelper' ini adalah taburan capaian pemandu MyCar yang banyak di ke semua lokasi bandar utama mudah untuk diakses kepada pengguna yang berhajat untuk membeli barangan keperluan.
MyCar juga turut menawarkan aplikasi MyShop for You yang dapat membantu pengguna membeli barangan pilihan mengikut mana-mana premis barangan yang dikehendaki.
Foto diambil dari ihsan FB @Zuan Azmi (https://www.facebook.com/azwanazmi)
Kredit foto: FB @MyCar https://www.facebook.com/mycar.net.my/
"Caj perkhidmatan berpatutan akan dikenakan bergantung walapun pada barangan atau kuantitinya yang banyak.
"Servis SuperHelper yang diwujudkan ooleh MyCar diharapkan dapat menjana pendapatan sampingan kepada pemandu yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19," jelasnya menerusi satu kenyataan.
Menerusi SuperHelper MyCar ini, orang ramai tidak perlu lagi keluar dari rumah intuk membeli barangan keperluan, hanya membuka aplikasi MyCar untuk memesan, membuat pembayaran dan pesanan akan terus dihantar oleh pemandu MyCar yang bertugas.
"Perkhidmatan barangan yang ditawarkan adalah seperti barangan yang siap dimasak, ubat-ubatan/barangan farmasi, barangan keperluan harian, barangan dapur kering atau basah, gas memasak, bungkusan, surat dan apa jua pembelian barangan yang sah di sisi undang-undang.
"Pengguna disarankan untuk membuat tempahan sehari lebih awal agar pembelian dapat dibuat dengan lebih awal dan dihantar pada waktu yang dibenarkan sepanjang PKP", kata Nur Amira.
Perkhidmatan menerusi aplikasi MyCar terbaru, SuperHelper
Melalui SuperHelper MyCar rakyat Malaysia dapat bersama-sama membantu untuk menyekat penularan wabak COVID-19 dengan perlu bersesak-sesak, sekali gus ingkar dengan penjarakkan sosial yang disarankan kerajaan.
Melalui aplikasi SuperHelper ini inisiatif untuk lebih berjaga-jaga di rumah akan dapat dilaksanakan secara baik dan sempurna.
Justeru, apa lagi? Just #StayatHome dan We Shop dan Delivery for You. - KitaReporters