Alam & Sains 31 Mar, 2021

Kawasan IADA Ketara: Terengganu bakal jadi negeri pengeluar beras! Berjenama MyGAP Cap Penyu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Poster promosi Tahun Pertanian Terngganu 2021


TERENGGANU yang menjadikan tahun 2021 sebagai Tahun Pertanian bakal menjadi negeri pengeluar beras sendiri yang dijangka berada di pasaran negara bermula Mei tahun 2021 ini. 

Kesungguhan negeri tersebut untuk menjadi negeri pengeluar beras terbukti apabila usahanya melaksanakan projek beras yang memiliki sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). 

Menerusi projek tersebut, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) dijadikan projek tanaman padi untuk menghasilkan beras berjenama MyGAP Cap Penyu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertanian

Dr Azman Ibrahim melakukan penuaian padi di Kampung Kubang Depu, dekat Jertih sebagai tanda pelancaran.


 

Tanaman padi di kawasan IADA Ketara, Besut


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar  Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerja menuai padi kini sedang giat dilakukan membabitkan kawasan seluas 182.2 hektar di kawasan IADA Ketara. 

Katanya, ia membabitkan 196 ladang yang memiliki sijil MyGAP yang membabitkan 170 peserta dan 33 Kumpulan Pengguna Air (KPA), manakala anggaran hasil bakal dikeluarkan sebanyak 911 tan metrik pada musim penuaian sekarang


Kerja penuaian padi untuk proses pengeluaran beras MyGAP Cap Penyu keluaran Terengganu


Beliau berkata, projek penuaian yang dilancarkan di Kampung Kubang Depu, Besut pada 29 Mac 2021 membuka tirai ke arah satu lagi pencapaian dalam sektor pertanian Terengganu. 

“Insya-Allah beras MyGAP Cap Penyu yang ditanam, dikilang dan dibungkus di Terengganu seterusnya berjenama Negeri Terengganu akan dapat dinikmati rakyat Terengganu termasuk luar Terengganu buat julung kalinya,” kata ketika pelancaran projek tersebut.


Sebahagian petani dan tetamu jemputan yang hadir pada pelancaran majlis penuaian padi di Kampung Kubang Depu, Jertih


Beliau berkata, Kilang Padi Konsortium Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kampung Oh, Jabi akan jadi tempat pemprosesan padi MyGAP ini sebelum urusan pembungkusan dan pemasaran diambil peranan oleh anak syarikat kerajaan negeri. 

Dr Azman berkata, bagi merialisasikan hasrat itu kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi menampung kos pembungkusan dan pemasaran beras berkenaan.

“Beras MyGAP adalah beras berkualiti tinggi yang baik untuk kesihatan kerana ia menggunakan bahan kimia yang minimum dan diiktiraf di bawah persijilan MyGAP,” katanya. - KitaReporters


4
1
1
0
1
You will be interested