Alam & Sains 08 Oct, 2020

Tahu tak? 9 kesilapan yang dilakukan semasa mengecaj telefon

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

PERKARA yang selalu kita buat setiap hari tak semestinya betul. Adakalanya kita sentiasa buat perkara yang salah berulang kali tanpa kita sedar atau kita tahu bahawa itu adalah salah. Sebagai contoh cara kita nak mengecaj telefon bimbit. Berapa ramai antara kita yang betul-betul mengikut buku panduan telefon? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan telefon:

https://kitareporters.com/search?search=telefon


Boleh dikatakan hampir semua pengguna telefon bimbit akan buat salah ketika mengecaj telefon pintar mereka. Ayuh kita kenal pasti 9 kesalahan yang sering kita lakukan setiap hari ketika mengecaj telefon bimbit :

1. Caj telefon bimbit melalui laptop

Ramai yang suka caj telefon melalui laptop. Perkara ini salah sebenarnya. Walaupun nak cepat dan mudah, tapi ia akan menyebabkan kerosakan kepada peranti berkenaan. 


2. Guna kabel caj yang tidak original atau murah

Sekiranya kita menggunakan kabel yang tidak ori, maka tenaga yang dihantar ke telefon mungkin akan terlalu banyak atau terlalu sedikit. 


3. Caj tanpa membuka casing telefon bimbit

Cara ini boleh menyebabkan telefon kita mengalami 'overheat'. 


4. Caj telefon walaupun lebih 20%

Ini akan membuatkan hayat sesebuah telefon bimbit itu menjadi makin pendek umur. Jangan diamalkan. 


5. Guna telefon bimbit ketika sedang caj

Ia menyebabkan dua tekanan terhadap telefon bimbit berkenaan. 


6. Biarkan telefon bimbit dicaj semalaman

Di samping menyebabkan pembaziran elektrik, ia juga boleh mengurangkan hayat sesebuah telefon bimbit. 


7. Biarkan sehingga bateri mati

Jangan biarkan bateri benar-benar kosong baru nak caj, ia akan mengurangkan hayat telefon bimbit berkenaan. 


8. Caj sehingga bateri 100%

Sekiranya anda suka caj telefon bimbit sehingga 100%, maka ia akan habis dengan cepat, kerana sesebuah telefon bimbit berkenaan ada kitaran pengisiannya tersendiri. 


9. Suka tinggalkan kabel caj pada soket

Tindakan sebegini menyebabkan caj elektrik akan terus berjalan. Ia juga akan melepaskan haba sedikit demi sedikit. Ia amat bahaya kepada seisi rumah. 


Sedikit panduan bagi ramai pengguna telefon pintar masa kini. Semoga ia berguna dan bermanfaat untuk diamalkan. - KitaReporters

1
0
1
0
1
You will be interested